Struktur Pentadbiran Sekolah


Pn. Hajah Asiah Bt Atan
Guru Besar

Pn Hjh Faridah bt Pilus
GPK Kurikulum



En. Md Yusoff Bin Hashim
Guru Kanan HEM

Tn Hj Isnaini b Sanusi
GPK Kokurikulum

Encik Firdaus b Hashim @ Bakri
GPK Pendidikan Khas







LOKASI SEKOLAH







SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA,
JALAN BESAR,
45300 SUNGAI BESAR ,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-32242278
FAX : 03-32242278
KOD SEKOLAH :BBB6029
LOKASI : LUAR BANDAR

PIAGAM PELANGGAN

“ Kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Utama komited untuk memberi layanan yang baik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami seperti berikut :

1. Murid

1.1 Memastikan bahawa setiap murid akan mendapat tempat duduk yang sesuai apabila mendaftar di Sekolah Kebangsaan Sri Utama.

1.2 Guru memastikan semua murid mempunyai pekerti mulia serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

1.3 Guru memastikan bahawa semua murid mendapat layanan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.

2. Staf

2.1 Memastikan staf akan mendapat gaji selepas tiga bulan melapor diri untuk berkhidmat di sekolah ini.

2.2 Menyediakan perkhidmatan yang baik dan mesra serta berkualiti bersama dengan masyarakat setempat.

3. Ibubapa

3.1 Memastikan bahawa setiap waris mendapat layanan yang cekap dan cepat.

3.2 Memastikan bahawa segala permasalahan disiplin dan aduan pelanggan dapat diselesaikan atas kadar segera tertakluk kepada keseriusan kes.

3.3 Memberi layanan dan khidmat kaunter dalam masa 15 minit.

3.4 Memastikan bahawa setiap aduan akan disiasat dan diberi maklum balas dalam tempoh dua hari.

3.5 Memastikan bahawa setiap cadangan akan diberi maklum balas kepada waris dalam tempuh 5 hari bekerja.

4. Stakeholder (PPD, JPN, KPM)

4.1 Memastikan bahawa setiap surat menyurat dilayani atas kadar segera,

4.2 Memastikan pihak sekolah memberikan kerjasama yang baik kepada PPD, JPN dan KPM apabila diperlukan.

4.3 Memastikan setiap arahan dan surat pihak PPD, JPN dan KPN diambil tindakan selewat-lewatnya 3 hari selepas surat atau arahan diterima


Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan sila berjumpa dengan
Guru Besar atau hubungi talian 03 - 32242278

LAGU SEKOLAH



LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH

TAFSIRAN WARNA
MERAH : Berani menghadapi cabaran demi mencapai aspirasi sekolah
KUNING : Raja Berpelembagaan
BIRU : Perpaduan Kaum
PUTIH : Suci dan ikhlas menghadapi tugas

TAFSIRAN LOGO

OBOR : Jati Diri
BUKU : Merealisasikan Pendidikan Berkualiti
PERISAI : Melindungi Dari Semua Gejala Sosial
3 GELUNG : Kerjasama Erat Antara 3 Bidang Kurikulum, HEM Dan Kokurikulum
BULAN SABIT : Agama Rasmi Negara
NAMA SEKOLAH : Kegemilangan dan Keunggulan Sekolah



TAFSIRAN WARNA
MERAH : Berani menghadapi cabaran demi mencapai aspirasi sekolah
KUNING : Raja Berperlembagaan
BIRU : Perpaduan Kaum
PUTIH : Suci dan ikhlas menghadapi tugas

VISI DAN MISI SEKOLAH




Sejarah Sekolah kebangsaan Seri Utama



Nama asal bagi Sekolah Kebangsaan Seri Utama ialah ‘National Type Primary School, Sungai Besar’ (SRJK Inggeris Sungai Besar). Ia diwujudkan di Pekan Sungai Besar iaitu pekan kecil yang jauh dari Daerah Sabak Bernam. Kampung Sungai Besar adalah berdasarkan nama sungai pada masa itu di mana antara sungai-sungai di kawasan ini, sungai inilah yang paling besar. Oleh itu pekan ini dinamakan Sungai Besar.

Sebelum sekolah ini didirikan, murid-murid kampung ini bersekolah di S.R.J.K (I) Sabak Bernam di bangunan Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latif, Sabak Bernam sekarang. Memandangkan kesukaran murid untuk pergi ke sekolah dengan hanya menunggang basikal, sebuah sekolah telah diwujudkan di Bangunan Majlis Tempatan Sungai Besar mulai tahun 1960 dengan murid seramai 60 orang dan seorang guru bernama Geon Kau Ngee. Atas desakan ibu bapa, sebuah sekolah baru yang mempunyai 6 bilik darjah telah dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar.