Salam Maulidur Rasul 1431H

Seluruh warga SKSU mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1431H/2010
"Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah"

'Kelas Tahanan' Dan 'Turun Padang' SKSU

Khamis, 25 Februari 2010 - Hari ini, bertempat di bilik gerakan SKSU, seramai lebih daripada 10 orang murid Tahun 6 telah selesai menjalani 'kelas tahanan' (Detention Class). Ia merupakan rintisan yang pertama kali bagi sesi tahun 2010.

Dimana pesertanya terdiri daripada murid-murid yang memoteng 'kelas bimbingan' Tahun 6 pada setiap hari Sabtu. Murid-murid yang sama juga didapati sering tidak hadir pada sesi persekolahan.


Selama empat hari berturut-turut mereka diberi hukuman dalam bentuk latihan intensif dengan diselangi sesi kaunseling kelompok. Cikgu Yazid dan cikgu Hakim telah bekerjasama memotivasikan kumpulan murid-murid bermasalah ini.

Pada hari Selasa dan Khamis juga Tuan Guru Besar bersama guru iringan yang lain mengambil peluang untuk 'turun padang'. Sesi lawatan ke rumah murid-murid tersebut adalah untuk bertemu dengan ibu/ bapa dan penjaga masing-masing secara langsung.

Diharapkan 'kelas tahanan' dan lawatan sebegini akan memberi teladan kepada murid-murid berkenaan dan juga murid-murid yang lain. Pihak sekolah juga mengharapkan kerjasama ibu bapa/ penjaga supaya salah laku yang sama tidak akan diulangi lagi pada masa akan datang.

Andai salah laku ini masih berlarutan, usaha murni bagi merealisasikan sasaran pencapaian UPSR '25-80'
pasti sukar dicapai~

Ke Arah Pemantauan Sekolah Lestari 2010

Isnin, 22 Februari 2009 - Dokumentasi projek SK Seri Utama ke arah pengiktirafan sebagai sekolah lestari telah selesai dibukukan dan diCDkan pada hujung minggu yang lalu.

Naskah laporan dokumentasi dan tayangan slide adalah meliputi latar belakang aktiviti lestari di SKSU sepanjang tahun sehingga Februari 2010.

Terima kasih daun keladi kepada team gerak kerja lestari SKSU yang telah bertukus lumus sepanjang dua hari berkampung di sekolah.

Sukacita diingatkan juga, panel penilai peringkat Negeri Selangor akan datang membuat penilaian pada bulan April/Mei nanti. Pada hari tersebut, pihak sekolah boleh menggadakan acara-acara kelestarian seperti pertandingan, pameran, persembahan dan permainan.

Semoga misi melestarikan SKSU akan berjaya direalisasikan. Pada team unit program Sekolah Lestari, selamat menyenaraipendekkan persediaan yang lebih kemas.
InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam gerak kerja seterusnya. 'Sekolah Lestari, Minda Bestari'~

Selamat Tahun Baru Cina

Jumaat, 12 Februari 2010 - Sukacita dimaklumkan, SK Seri Utama akan bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai 13 hingga 16 Februari 2010 (Sabtu - Selasa). Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 17 Februari 2010.

Sehubungan dengan itu, pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan sepenuhnya pada hari tersebut. Tiada cuti tambahan diambil pada hari-hari berikutnya.

Selamat Tahun Baru kepada murid cina tunggal, Goh Wei Chan dari kelas khas Masalah Pendengaran. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua warga SKSU. 'Pandu, Tunggang Dan Jalan Dengan Selamat'~

KBS SKSU Siri II

Selasa, 9 Februari 2010 - j-Qaf dengan kerjasama Panitia Agama Islam SKSU telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri II pada hari Sabtu yang lalu. Pada siri II ini, peserta yang terlibat terdiri daripada murid-murid Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4.

Semoga KBS yang berterusan ini akan menjadi pemangkin ummah berwawasan. Diharap murid-murid akan mengamalkan ibadah solat dengan cara yan betul. Malah, berterusan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Walaupun adanya aktiviti KBS di sekolah, pemantauan daripada pihak ibubapa di rumah juga sangat diperlukan. InsyaAllah, keperihatinan bersama ini dapat membantu memperbaiki ibadah anak-anak. Tetapi jika ianya diabaikan, matlamat untuk melahirkan anak-anak yang taat kepada perintah solat mungkin sukar untuk dicapai. Wallahu'alam~

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; pisahkan tempat tidur mereka." [Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud]

BENGKEL PATS

Rabu, 3 Februari 2010 - Bertempat di Bilik Gerakan SKSU, hari ini telah berlangsungnya Bengkel Memperkasa Program Akademik Terbilang Selangor (PATS). Program ini telah dilancarkan pada tahun 2006 dan diperbaiki tahun demi tahun.



Tahniah kerana SKSU telah menjadi tuan rumah mengendalikan bengkel ini bagi sekolah-sekolah sekitar daerah Sabak Bernam 2010. Semoga keberhasilannya membawa manfaat bersama kepada kemajuan anak didik kita~