DEMAM EXAM DAN INSPIRASI DIRI




30 MEI - Deman exam sudah bermula di kebanyakkan sekolah mahupun peringkat tadika, pra dan lebih-lebih lagi sekolah rendah sekitar daerah Sabak Bernam malah seluruh Selangor. Ada yang sibuk mengulangkaji tak kurang yang selamba. Demam exam lebih dirasakan murid-murid tahun 6, namun tahun 1 turut berdebar menanti saat bermula peperiksaan nanti.

SKSU akan memulakan hari peperiksaan pada hari Selasa, 1 Jun. Semua persiapan moga akan menghasilkan kejayaan dan markah-markah yang memberangsangkan. Guru-guru telah melakukan yang terbaik bagi membantu. Ibubapa juga patut main peranan agar anak-anak ini mencipta kejayaan atas sokongan moral yang kuat dan motivasi diri yang tinggi. Tahniah kerana ibubapa turut prihatin akan demam exam ini.


Moga kata semangat ini menjadi inspirasi dan pendorong untuk kita semua. Kita bangkitkan syuur untuk melalkukan TERBAIK dalam diri kita.Insyaalah
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

Hadith Rasullulah bermaksud:
"Sesungguhnya Allah (swt) sangat suka (bahkan cinta) kepada seseorang kamu, apabila melakukanya dengan ketekunan dan kemahiran. Riwayat Al-Baihaqi
berdoa

RESEPSI WALIMATULURUS




Tarikh keramat 29 Mei 2010 menjadi satu titik sejarah yang terlakar dibahtera kehidupan seorang lagi ahli keluarga KESUMA apabila dara pujaannya disunting teruna idaman hati . Tarikh keramat ini memateri gelora cinta dua hati sepasang kekasih menjadi ikatan suami isteri . Semoga Azwani, dara kesuma yang sah menjadi milik Mohd Adli penyunting hati sucinya akan melayari bahtera kehidupan berumahtangga sebagaimana impiannya menjadi isteri solehah dan ibu mithali, insyaallah. Moga saat kebahagiaan ini akan dirasai setiap saat dan hari berlalu hingga hujung nyawa.



Terima kasih kepada kawan-kawan keluarga KESUMA

yang turut memeriah majlis yang telah dilangsungkan

di Dewan Serbaguna MPAJ, Lembah Keramat, Kuala Lumpur .





Sabda Rasullulah bermaksud,"Sebaik-baik wanitu itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati(gembira), apabila kamu perintah, dia akan patuh kepadamu, apabila kamu pergi, dia kan menjaga dirinya dan menjaga hartamu".






25:30 - CABARAN BUAT KAMI


KAMI BERJANJI AKAN BERUSAHA
UNTUK MENCAPAI PRESTASI TERBAIK
5A DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2010.
KAMI AKAN BERJAYA!
25:80 MILIK KAMI!

MOTIVASI PENYUBURAN PRESTASI UPSR 2010

MOTIVASI PENYUBURAN PRESTASI UPSR 2010
*
SIRI 5 - SAINS
PN SALASIAH AHMAD
*
SIRI 6 - MATEMATIK
EN HAMDAN B HASSAN


Maka dengan itu berakhirlah 6 Siri Motivasi Penyuburan Prestasi UPSR Peringkat dalaman sesi 1 dan akan disusuli oleh Motivasi Penyuburan dan Pemantapan Prestasi UPSR peringkat penceramah jemputan bulai Julai nanti.
Diharapkan motivasi sebegini dapat meningkatkan pencapaian dan prestasi murid-murid calon UPSR 2010 yang seramai 106 orang ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh tuan Guru Besar Cemerlang, Encik Ishak b Md Noor yang turut membakar semangat dan memberi kata-kata pewrangsang kepada murid-murid ini. Antara kata beliau ," Murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi akan diberi ganjaran dan penghargaan walaupun sekadar peningkatan gred D ke gred C,". Begitulah kesungguhan beliau ingin melihat daya saing dan peningkatan prestasi murid-murid ini. SKSU sentiasa mendoakan murid-murid dapat mencipta kejayaan dan dibukakan hati juga minda dalam menerima pelajaran yang diajarkan, amin yarabbalalamin.

SUKAN TAHUNAN PENDIDIKAN KHAS SKSU

18 MEI 2010, SELASA - Hari yang istimewa buat kira-kira 36 murid-murid Pendidikan Khas dan 12 orang murid Pra Mutiara Pendidikan Khas kerana buat julung kaliya mereka terlibat secara total dalam acara-acara sukan Pendidikan Khas Sk Seri Utama. Acara ini turut dijayakan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas , Encik Firdaus B Bakri dan semua guru-guru beserta Pegawai Pembantu. Berbagai acara yang mencabar daya saing dan ketahanan diri murid-murid ini telah dijalankan. Murid-murid ini bukan sahaja mampu menunjukkan daya saing yang tinggi malah mempunyai semangat kesukanan yang berkobar-kobar apatah lagi disaksikan oleh ibubapa yang dijemput memeriah hari istimewa ini.
Tahniah kepada yang berjaya. Tahniah atas semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah kepada seluruh warga dan tenaga Pendidikan Khas yang menjayakan acara sukan yang pertama kalinya diadakan di Stadium Sg Besar.

Lihatlah aksi-aksi ceria dan gembira murid-murid ini dapat menunjukkan kehebatan masing-masing dalam acara-acara sukan yang disediakan.

SELAMAT DATANG - SMA SG HAJI DORANI, SG BESAR


27 MEI 2010, RABU- SK SERI UTAMA sekali lagi menerima satu kunjungan ilmu dan jalinan silaturahim dengan para ilmuan pendidik SMA SG HAJI DORANI,SG BESAR. Sebagaimana dijanjikan , ahli rombongan yang diketuai oleh tuan Pengetuanya sendiri bersama 11 orang guru sampai tepat jam 8.30 pagi dan disambut oleh Guru Besar Cemerlang SKSU, Encik Ishak Md Noor. Rombongan ini dibawa ke ruang mesyuarat bagi mendengar sedikit kata-kata aluan dan penerangan mengenai sekolah ini.





Ahli rombongan ini kemudiannya dibawa ke sekitar kawasan sekolah bagi melengkapi acara lawatan perkongsian idea ini bagi meningkatkan kefahaman mengenai yang sampaikan mengenai aktiviti dan prasarana pembelajaran yang disediakan untuk murid-murid juga kemudahan guru-guru dan ibubapa.

Rombongan dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah, taman-taman, kebun-kebun sayur, musolla, bilik-bilik khas, Galeri Lestari, rumah ternakan cacing, kolam ikan tilapia, kelas-kelas lestari dan tidak ketinggalan Laluan Rimba yang masih dalam pembinaan.


Semoga apa yang ditemui di SKSU dapat meningkatkan aspirasi dan idea untuk sekolah ini membuat penambahbaikkan dan pastinya yang terbaik bakal dihasilkan. Terima kasih kerana sudi singgah di legar Lestari SKSU...yang baik jadikan panduan yang buruk beritahu kami. Mungkin SKSU juga akan membuat lawatan balas, insyaallah.




Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan
kepadamu tanda-tanda kebesaranNya . Maka kamu akan mengetahuinya.
Dan Tuhanmu tiada lalai daripada apa yang kamu kerjakan
. (QS. An Naml:93)

PERKONGSIAN IDEA.





SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA


DENGAN BANGGANYA MENGALU-ALUKAN


KEDATANGAN

PARA ILMUAN PENDIDIK DARI

SMA SG HJ DORANI


KE LAMAN LESTARI
SKSU.


YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK BERITAHU KAMI
BERSAMA KITA MENUJU KECEMERLANGAN.

SAMBUTAN HARI GURU SIRI 3


PERSEMBAHAN DAN ACARA GURU UNTUK MURID.


Hari ini dirai semua warga SKSU dengan gembira, lupakan bebanan kerja seketika, bersama menunjuk bakat terpendam di pentas dan padang. Sememangnya hari ini memberi berbagai pengertian kepada para pendidik samaada yangbaru pertama kali bergelar guru mahupun sudah ke penghujung jalan noktah bersara, ianya tetap memberi makna dan terkandung pelbagai cerita suka dan duka. Saudagar ilmu ini akan terus menfrancais dan menglobalisasikan aset ilmu yang tidak pernah surut. Moga para guru terus tabah dipersada pendidikan walau apapun rintangan dan cabaran mendatang. Selamat Hari Guru.




SAMBUTAN HARI GURU DI SKSU SIRI 2




ISTIMEWA DARIPADA MURID-MURID KEPADA GURU-GURU


KONSERT HARI GURU 2010

SAMBUTAN BULAN KESIHATAN - KAMI SIHAT KAMI CERIA


MEI 2010 merupakan Sambutan Bulan Kesihatan di SK Seri Utama. Berbagai program berbentuk ceramah, pameran, kuiz, permainan dan lawatan telah diadakan dan disertai oleh guru-guru dan pastinya murid-murid. Pihak Kementerian Kesihatan cawagan Klinik Kesihatan Sg Besar telah memberikan jalinan kerjasama yang amat memberangsangkan dengan memberikan berbagai aktiviti yang menyeronokkan murid-murid di sini.

Sk Seri Utama mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada doktor dan jururawat yang telah sudi datang dan berkongsi maklumat dengan warga SKSU. Semoga kerjasama dan muafakat yang terjalin baik ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan kedua-dua pihak. Terima kasih doktor dan semua jururawat dan pegawai yang terlibat dan istimewa untuk mereka

"SELAMAT HARI JURURAWAT"

MOTIVASI PENYUBURAN PRESTASI UPSR 2010


MOTIVASI PENYUBURAN PRESTASI UPSR 2010


18 MAY 2010
LESTARI HALL
TARGET GROUP : 106 YEAR 6 PUPILS



SERIES 3
ENGLISH PAPER 1
MADAM PUZIAH MOHAMED SHARIFF

SERIES 4
ENGLISH PAPER 2
MADAM FAIZAH SANUSI

ENGLISH PAPER 1 AND ENGLISH PAPER 2 ANSWERING TIPS

- STRATEGY AND TECHNIQUE.


SAMBUTAN HARI GURU DI SKSU MERIAH


17, Mei - Sambutan Hari Guru di peringkat Sekolah telah diraikan oleh semua guru, kakitangan, murid-murid dan PIBG dengan bermacam-macam acara dan persembahan. Perhimpunan Hari Guru itu dimulakan dengan ucapan dan perutusan Hari Guru. Kemudian semua guru menyanyikan lagu keramat Lagu Guru Malaysia dan ikrar yang dilaungkan penuh semangat. Guru-guru menunjuk bakat di padang dengan pertandingan bola sepak sambil memakai kain sarung bagi guru-guru lelaki dan bola jaring bagi guru-guru perempuan.
Acara pentas turut menyaksikan persembahan spontan guru-guru disamping persembahan murid-murid mengikut kategori masing-masing. Ucapan-ucapan Selamat Hari Guru daripada guru-guru turut menyeri majlis dan diakhiri dengan acara tahunan dan tradisi iaitu bertukar-tukar hadiah antara guru-guru. Hari yang diraikan oleh warga SKSU ini berakhir pada sesi pertamanya dan akan disambung pada sebelah petang yang lebih kepada majlis kesyukuran dan doa selamat.
Apapun acaranya, hari bahagia ini telah menjadi satu lagi sejarah perkhidmatan bagi semua guru-guru baik yang baru pertama kali merainya atau yang telah berkali-kali mahupun yang terakhir kalinya,tetap memberi pengertian dan kesan berbeza. Semoga guru-guru ini terus menabur jasa bakti kepada generasi tanpa jemu dan putus asa. Selamat Hari Guru, Guru Pembina Negara Bangsa.
17 Mei 2010 - Sambutan Hari Guru sekali lagi diraikan disebelah petang bagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan bacaan surah yasin dan doa selamat yang mencetuskan keinsafan dan mensyukuri kebesaran Allah atas rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepada warga guru dan kakitangan sekolah ini. Semoga warga ahli KESUMA ini sekali lagi dapat menciptakan sejarah kejayaan buat SKSU.
Majlis petang itu juga adalah bagi meraikan dua orang ahlinya yang akan berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah pada akhir bulan ini. Jamuan petang itu ditaja sepenuhnya oleh Pn Saadah bt Hassan dan Pn Aminah bt Basri yang bakal menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah. Ahli keluarga KESUMA yang lain mendoakan kesejahteraan dan dapat menyempurnakan ibadah umrah di sana nanti . Kiriman doa mengiringi keberangkatan mereka nanti.
Majlis petang itu juga diserikan dengan cabutan nombor bertuah dan hadiah tajaan berbentuk hamper diberikan kepada yang bernasib baik. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan diaminkan oleh ahli KESUMA yang hadir. Amin ya rabbalalamin.

GOTONG-ROYONG PERDANA 2010


14 MEI , SABTU- GOTONG-ROYONG PERDANA sempena Hari Guru 2010, satu gotong-royong telah diadakan di semua sekolah seluruh negara. Gotong-royong ini melibatkan penyertaan ibubapa dan komuniti setempat bersama guru-guru dan murid-murid bekerjasama melakukan aktiviti membersih, mengelap, menyapu, mencantas, memangkas, memotong, mencangkul, menyiram dan membasuh seluruh kawasan dan bilik-bilik darjah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap jasa dan pengorbanan guru-guru selama ini.

Selain menjadikan sekolah bersih dan ceria menjelang hari guru yang secara rasmi sambutannya akan diraikan pada Isnin ini, 17 Mei di peringkat sekolah, dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan antara guru-guru dan ibubapa.

Bagi guru-guru SKSU, bukan hadiah berharga ratusan puluhan ringgit yang diminta, ucapan terima kasih seikhlas jiwa begitu besar nilainya. Gotong-royong ini juga tanda kasih sudah diterima, jasa sama dirasa. Pihak pentadbiran SKSU mengucapkan terima kasih atas sambutan yang meriah ini. Semoga silaturahim sebegini sentiasa terjalin demi membawa kejayaan kepada anak-anak generasi SKSU.


SELAMAT HARI GURU- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

MOTIVASI PENYUBURAN PRESTASI UPSR 2010


MOTIVASI PENYUBURAN PRESTASI UPSR 2010
SIRI 1 DAN SIRI 2

BAHASA MELAYU


11 MEI 2010- SELASA DI DEWAN LESTARI
SASARAN ; 106 MURID-MURID TAHUN 6 2010

SIRI 1
PENCERAMAH BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
PN AZIZAH BT MUZAINI

SIRI 2
BAHASA MELAYU PENULISA
PN FARIDAH BT YUSUF
.
OBJEKTIF
*Memberi kesedaran untuk memahami strategi dan teknik menjawab soalan
Bahasa Melayu UPSR 2010.
* Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran teknik menjawab soalan
* Memantap persediaan fizikal dan mental murid-murid
* Memberi garis panduan cara menjawab dan skema soalan
.
"KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR 2010"
25:80 DICAPAI

SENYUMAN SANG JUARA- RAGBI RIMAU

10 may, ISNIN- Pasukan Ragbi Rimau Daerah Sabak Bernam yang dianggotai 9 wira daripada SK Seri Utama sekali lagi beraksi juara di Kejohanan Ragbi Rimau Peringkat Negeri di Kuala Selangor. Cikgu Shaharudin Hashim selaku jurulatih amat bangga akan potensi dan aksi yang dipamerkan oleh pasukan hebat ini. Semoga aksi juara ini akan dapat kita lihat pada Kejohanan Ragbi Rimau Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung Jun nanti di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Semoga segala usaha, jerih-perih latihan dibawah mentari terik yang membakar kulit menjadi penyuntik semangat sang juara. Selamat berjuang, majulah sukan untuk Selangor. 'Selangor Boleh!'.

SELAMAT HARI IBU........BUATMU YANG TERISTIMEWA

9 MEI 2010-AHAD

IBU.......merupakan kata-kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir manusia dan Ibuku merupakan sebutan terindah, kata yang semerbak cinta dan impian , manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.
Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dikala lara, impian kita dikala rengsa, rujukan kita dikala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi, senantiasa merestui dan memberkati.
Terletaknya syurga di telapak kakimu, bergoncangnya dunia dek asakanmu, tenang dan damainya bumi dek belaianmu... tanpamu siapalah aku....tanpamu tiadalah aku.
Untukmu ibu... selamat hari ibu, terima kasih atas kasih sayangmu.
Buat semua ibu-ibu dan bakal ibu SKSU dan sedunia...SELAMAT HARI IBU. 9 MEI