POST UPSR - AKTIVITI MURID DAN GURU




















Kuiz... jawab cepat, dapat hadiah besar tau.



Menyanyi...ewah, macam Aril dengan Farahla Faizal dengan Alia ni.



Menjahit... lelaki ke perempuan yang lebih hebat ni.




Ifrah dan Fatin... buat rojak buah, sedap tau



Selepas tamat UPSR semua murid Tahun 6 kini dilibatkan dengan berbagai aktiviti yang telah diatur bagi mengisi waktu luang dan santai mereka. Sumbangan dan tenaga mereka begitu bermakna bagi menjayakan Karnival Usahawan yang lalu. Kini mereka bersama guru-guru Tahun 6 aktif dalam pelan post UPSR antaranya permainan dalam, permainan padang, jahitan, masakan,bengkel abm, kuiz, pertandingan karaoke dan perkhemahan. Lihatlah aksi-aksi mereka ini.

AKTIVITI DI KARNIVAL USAHAWAN 2010

Tarikh ; 15 & 16 Okt 2010
di Perkarangan SK Seri Utama
Terima Kasih atas sokongan anda semua.






PELANCARAN BULAN MEMBACA 2010








BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan sebagai memenuhi tuntutan matlamat ke arah mewujudkan rakyat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Justeru itu Unit Pusat Sumber Sekolah telah mengambil inisiatif melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah pada tarikh 13 Ogos yang lalu. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh wakil PIBG Encik Yasin b Abdullah yang dalam ucapan beliau menyarankan agar menjadi budaya membaca budaya sekolah. Beberapa persembahan dan simbolik telah dipersembahkan yang melibatkan penyertaan murid Pra hinggalah Tahun 6. Beberapa program juga diatur dan dijalankan sepanjang bulan tersebut.


-Mutiara Kata-


Orang yang bahgia dan ingin berjaya selalu menyediakan waktu untuk membaca itu sumber hikmah.

HAKIMI TOKOH DOKTOR MUDA 2010


Penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh Encik Ishak b Md Noor, guru besar cemerlang dengan diiringi oleh EncikHarun b Saib,
GPK Kokurikulum.


Seminar Pendidikan Kelab Doktor Muda Daerah Sabak Bernam telah mengangkat peserta dari tuan rumah, adik Hakimi Ghazali sebagai tokoh doktor muda tahun ini. Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan membolehkan adik Hakimi memenangi beberapa acara. Beliau turut meraih sijil untuk sekolah. Kemenangan wira-wira Kelab Doktor Muda turut dikongsi dan disaksikan seluruh warga SKSU apabila penyampaian hadiah sekali lagi diadakan di pentas perhimpunan, Tahniah untuk Kelab Doktor Muda dan semua guru pengiring.

KARNIVAL HARI USAHAWAN DAN KOKURIKULUM SKSU


TEMPAT : PERKARANGAN SKSU

TARIKH ; 15 & 16 OKTOBER 2010

HARI ; JUMAAT DAN SABTU

MASA ; 8.00 PAGI - 5 PETANG

SELAIN GERAI JUALAN BERANEKA MAKANAN, BARANGAN KEPERLUAN, AKSESORI, TURUT DISEDIAKAN GERAI PERMAINAN , PERTANDINGAN KARAOKE, MEMANCING DAN MEWARNA

JUGA AKTIVITI BADAN BERUNIFORM. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN HARI TERSEBUT.

ANDA JUGA BOLEH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN YANG DISEDIAKAN DAN MEMENANGI SESUATU.

BERIKAN SOKONGAN ANDA KEPADA USAHAWAN MUDA SKSU INI.

TERIMA KASIH.