HARI RESTU CALON UPSR 2011
JUMAAT- 9 SEPT, Hari Restu bagi calon UPSR telah diadakan secara sederhana namun tetap memberi kesan mendalam terutama kepada semua calon. Dimeriahkan dengan kehadiran Kelab Penyokong dan AJK PIBG sebagai tanda memberi sokongan kepada anak-anak murid dan guru-gru tahun 6 yang telah bertungkus-lumus tanpa mengira puasa, cuti raya dan penat lelah demi mempersiapkan calon agar dapat menduduki peperiksaan dengan yakin dan tenang.
Perkampungan UPSR yang diadakan selama seminggu amat menggalakkan dimana kedatangan semua calon penuh. Walau mood raya masih terasa dengan jamuan dan rumah terbuka, murid mampu memilih dan memberi keutamaan kepada peperiksaan yang bakal tiba. Tahniah buat mereka dan guru-guru.
Sama-samalah kita doakan kejayaan atas segala usaha gigih mereka ini.
Ribut di Sungai Besar- 13 sekolah alami kerosakan.

25 Julai- 1 pagi. Keheningan malam mula disapu angin sepoi dan bertambah garang apabila bertukar menjadi ribut. Mata yang mula mengantuk tersentak semula. Dentuman di pintu rumah mengejutkan saya. Mengintai di pintu, ngauman kuat angin agak menakutkan saya.
Isnin pagi itu, barulah saya tahu, angin yang marah boleh membawa berbagai kerosakan. Terdengar ada mengatakan kira-kira 13 buah sekolah sekitar turut mengalami kerosakan. Rumah dan gerai di Sungai Besar turut terima nasib serupa. Teringat saya pada peristiwa tahun lepas di Melaka, ketika pasar ramadan yang mengorbankan nyawa. Mujur ribut ini berlaku di saat insan ada yang lena beradu
Peristiwa ini juga mengingatkan saya kejadian ribut yang juga pernah berlaku kira-kira tahun 2000 dan mendapat liputan akbar, di mana telah mengorbankan nyawa seorang ibu tua yang tertimbus di dalam runtuhan rumahnya. Dan beberapa artikel lain menunjukkan kejadian ribut seumpama ini sering melanda di tempat-tempat yang ada nama 'sungai'. Dari sudut geografinya saya tidak pastila pula. Adalah jawapan yang logik di sebalik semua ini.
Keadaan bumbung di Tahun 6 yang terangkat.
Kelas Tahun 2 basah , mujurlah tiada murid ketika kejadian.

Keadaan bumbung Stadium Sungai Besar yang tewas dilanda ribut.

Tumbang....

Musnah... keadaan rumah yang ditimpa pokok dan tiang elektrik.
Kita sebagai manusia yang serba lemah memohon hikmah disebalik dugaan yang didatangkan dalam bentuk ribut ini, sama-samalah kita bermuhasabah diri, ianya juga ingatan buat kita. Ambilkan kesempatan datangnya ramadan yang mulia ini untuk memperkemas ibadah sebagai bekalan di sana nanti.
SEMINAR STUDY SKILLS DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID DAN PENJAGA TAHUN 6


18 Jun - Bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Utama Sungai Besar telah berlangsungnya program study skill untuk murid yang akan menduduki UPSR tahun ini. Sekolah Seri Utama merupakan sekolah yang ke 6 dalam siri jelajah.
Kemahiran belajar secara berkesan dan motivasi kepada murid-murid dan ibu bapa adalah program yang baik untuk memacu pelajar di Parlimen Sungai Besar supaya menjadi insan yang berguna kelak. Untuk melihat anak bangsa berjaya kita haruslah bersatu padu dalam matlamat untuk melihat bangsa kita tidak dipijak sewenang-wenangnya. Pendidikan adalah penting untuk semua.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Noriah Kasnon yang memberi dana untuk program ini yang telah masuk tahun yang kedua dengan matlamat untuk melihat kemajuan anak kampung. Jasa YB tidak akan kami lupakan.

Isnin Mei 16, 2011
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI SEMPENA HARI GURU
PUTRAJAYA: Berikut adalah perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru, Isnin.
Dalam perutusannya itu, perdana menteri telah mengumumkan beberapa kaedah baru kenaikan pangkat untuk guru cemerlang dan juga kenaikkan pangkat untuk lebih 1,200 guru dari Gred DG48 ke Gred DG52.
BismilLahirRahamanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,
1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.
3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.
4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara.
5. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
6. Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:
7. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.
8. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
9. Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
10. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
11. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
12. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
13. Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.
Para guru yang dimuliakan sekalian,
14. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.
Pujangga bermadah:
Guru umpama kandil yang terang menyala,
Suluh cahayanya penerang jalan,
Sepatah kata dijadikan pelajaran,
Segumpal pesan dijadikan pedoman,
Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.
15. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
LATIHAN KEBAKARAN SESI 2011 KOHORT 1
JUMAAT, 25 FEB- KRIIIIIIIIIING................................................
Bunyi loceng yang panjang dan berulang itu menandakan amaran kecemasan antaranya kebakaran.
Latihan Kebakaran ini telah mengambil masa 4 minit bagi semua murid dan guru berkumpul di tempat yang ditetapkan. Setelah selesai menyemak Buku Rekod Kedatangan, Cikgu Hamdan selaku Penyelaras Program Keselamatan telah memberi komen dan berharap agar masa boleh diperbaikki jika diadakan latihan seumpama ini di masa akan datang.
Berikut beberapa panduan keselamatan.
PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
APABILA BERLAKU KEBAKARAN
TANDA KECEMASAN
LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN BERPANJANGAN (BERTERUSAN) SELAMA BEBERAPA MINIT
LANGKAH KESELAMATAN
1. MENDENGAR ARAHAN GURU YANG BERADA DI DALAM KELAS.
2. JANGAN CEMAS. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI.
3. SEMUA SUIS ELEKTRIK HENDAKLAH DI TUTUP BEGITU JUGA TINGKAP DAN PINTU
4. SEMUA BEG DAN BARANG-BARANG LAIN HENDAKLAH DITINGGALKAN DI BILIK DARJAH KECUALI DOMPET DUIT DAN KAD PENGENALAN DI BAWA BERSAMA KE TEMPAT BERKUMPUL.
5. BERBARIS SEGERA DI LUAR BILIK DARJAH DAN GURU MENGIRINGI MURID KE TEMPAT BERKUMPUL.
6. GURU KELAS AKAN MEMBAWA BUKU REKOD KEDATANGAN KELAS KECUALI BUKU REKOD ITU ADA DI PEJABAT. BUKU REKOD YANG BERADA DI PEJABAT AKAN DIBAWA OLEH KERANI
7. GURU AKAN MEMBERI ARAHAN SUPAYA BERJALAN DENGAN PANTAS DENGAN MENGIKUT LALUAN KECEMASAN KE TEMPAT BERKUMPUL YANG TELAH DI TETAPKAN.
8. MURID-MURID HENDAKLAH MENGIKUT LALUAN YANG PALING DEKAT DENGAN MEREKA UNTUK PERGI KETEMPAT BERKUMPUL.
9. JIKA LALUAN YANG PALING DEKAT DI DAPATI TIDAK SELAMAT, MURID-MURID BOLEHLAH MENGGUNAKAN LALUAN PILIHAN KEDUA YANG PALING HAMPIR DENGAN MEREKA.
10. JANGAN BERLARI-LARI, MENJERIT-JERIT, MEMBUAT BISING, CEMAS DAN KELAM KABUT.
11. JANGAN MASUK SEMULA KE KELAS UNTUK MENGAMBIL BARANG YANG TERTINGGAL.
12. MURID YANG BERADA DI LUAR KELAS, HENDAKLAH TERUS KE TEMPAT BERKUMPUL.
13. GURU KELAS HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA MURID DI DALAM KELASNYA SAMA DENGAN JUMLAH KEDATANGAN MURID PADA HARI ITU.
14. SEMUA WARGA SEKOLAH DIWAJIBKAN BERKUMPUL DI TEMPAT YANG TELAH DI TETAPKAN BILA LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN.
15. MENDENGAR ARAHAN SELANJUTNYA DARI PIHAK PENGURUSAN PROGRAM /GURU BESAR/GPK SATU/GPK HEM/PIHAK BOMBA.
by zish
Rumah Murid Tahun 6 Terbakar.
Lokasi - Sg Lias, Sg Besar
HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2011.


Sekaligus dengan hari orientasi ini turut diadakan hari kutipan Bayaran Persekolahan sesi 2011. Kebanyakkan ibubapa yang datang lebih bersedia dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan . Ini mungkin disebabkan mereka telah merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan telah meletakkan bayaran persekolahan anak-anak sebagai keutamaan. Terima kasih daripada pihak sekolah, semoga hari pertama persekolahan tahun ini berjalan dengan lancar dan baik sekali. Azam memberikan pendidikan terbaik sentiasa menjadi azam utama pendidik di sini. Terima kasih atas sokongan ibubapa.
Selamat Tahun Baru dan Selamat Bertugas buat guru-guru, buat murid-murid, Selamat Menempuh Alam Persekolahan Sesi 2011 dengan cemerlang.
MOTIVASI MURID ASNAF, TAHUN 5 & IBUBAPA.


MAJLIS IHYA RAMADAN DAN PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG

16 Ogos, Isnin- Majlis Ihya' Ramadan dan Pelancaran Jalur Gemilang buat kesekiankalinya terus menyemarakkan semangat merdeka walaupun ianya disambut dalam bulan Ramadan . Majlis disempurnakan oleh yang berberusaha Ustaz Alham b Yusak, Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dengan tazkirah ramadan yang memberikan teladan perjuangan pemimpin terulung Nabi Muhammad s.a.w mempertahankan Islam ketika bulan ramadan. Seterusnya majlis pelancaran Jalur Gemilang yang berkibar di setiap penjuru dan laman sekolah sebagai tanda sokongan dan semangat jitu generasi di SKSU. Kibaran Jalur Gemilang terus menceriakan sekolah ini dan satu lagi majlis sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 53 akan menyusul 30 Ogos nanti. Bersatu kita menjana transformasi negara ndan sahsiah bangsa. Salam ramadan dan salam merdeka.
PANEL PENILAIAN BUMI HIJAU DI SKSU
SKSU SELARAS SISTEM FAIL TERKINI

PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR


MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR
SAMBUTAN HARI GURU SIRI 3

SAMBUTAN HARI GURU DI SKSU MERIAH







