PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR



MOTIVASI DIRI (SLOT 1)


OLEH
USTAZ HJ ZAMRI B SAMSUDDIN

Ceramah Motivasi Diri yang amat bersemangat disampaikan dengan gaya tersendiri dan menarik minat pelajar. Penyampaian yang ceria meningkatkan motivasi dan menambah inspirasi diri murid. Slot ini turut melihat murid-murid melinangkan air mata keharuan apabila Ustaz Zamri mengenangkan kembali jasa dan pengorbanan ibubapa.



LATIHAN DAYA INGATAN MAX RECALL ( SLOT 2)


Slot ini mempraktikkan Latihan Daya Ingatan dan aplikasinya dengan subjek matapelajaran. Murid-murid dibimbing dalam kumpulan seramai 12 orang untuk mempraktikkan sistem ingatan yang telah terbukti berkessan kepada murid dan pelajar terutama bagi subjek Matematik dan Sains. Slot ini dibantu oleh mahasiswa Parlimen Sg Besar.



BELAIAN KASIH (SLOT 3)

ENCIK MUSLIMIN B YAHAYA


Slot ini dimulakan dengan penuh kesyahduan apabila murid-murid diminta memegang erat tangan ibubapa dan saling meluah perasaan kasih sayang yang selama ini sukar diluahkan atau terlupa untuk dinyatakan. Slot ini juga menyaksikan sekali lagi anak-anak ini mengalirkan air mata kasih atas jasa dan pengorbanan ibubapa. Ibubapa turut terharu dan mengambil peluang ini untuk menyatakan betapa anak-anak ini sangat besar ertinya kepada mereka dan hanya kejayaan dan kebahgiaan mereka sahaja yang dipohonkan dari Allah. Anak-anak yang berjaya juga didorong oleh motivasi yang tinggi ibubapa untuk turut sama merasai debar dan cabaran di tahun menghadapi peperiksaan. Slot ini diakhiri dengan anak dan ibubapa menjamu selera di Anjung Cafe Seri Utama, ibu menyuap makan anak-anak seperti waktu kecil mereka dulu.



Perasmian Penutup oleh

Yang Berhormat Pn Hajah Noriah Binti Kasnon SMS, PJK
(Ahli Parlimen Sg Besar)
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Terima kasih sekalung budi buat semua yang menjayakan
Program Motivasi dam Kemahiran Belajar ini.

Tiada ulasan: