Rumah Murid Tahun 6 Terbakar.

Keadaan rumah yang hangus terbakar, tiada apa yang tinggal, namun penghuninya selamat.
Lokasi - Sg Lias, Sg Besar


Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila melihat kelengkapan persekolahan yang baru hangus terbakar menjadi debu. Namun itu bukanlah pematah semangat adik Suhaida bt Sari Sulung yang merupakan calon UPSR 2011 ini. Kisah sedih berlaku di awal persekolahan apabila Suhaidah masih begitu teruja memulakan sesi persekolahan yang baru dibuka. Tinggal sehelai sepinggang melihat sayu tempat berlindung, bermain, bermanja, sekeluarga hangus dimamah api akibat lintar pintas telah memusnahkan segalanya dalam beberapa minit sahaja. Sepantas itu juga satu pungutan kilat bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung telah dijalankan dan telah disempurnakan penyerahannya oleh guru besar , Encik Ishak Md Noor dengan diiringi oleh guru HEM, Pn Rusnani Ahmad, guru Bimbingan Kaunseling, Encik Abdul Hakim dan guru media yang juga selaku pengantara sekolah Encik Kalam Salam yang melaporkan.
Sumbangan yang disampaikan pastinya tidak dapat mengembalikan apa yang telah dimamah api selahapnya, namun diharap dapat meringankan bebanan penanggunggan kesedihan, terkejut atas kegemparan peristiwa ini kepada keluarga ini. Adik Suhaida dan adik-adiknya juga sudah dapat meneruskan persekolahan seperti biasa kerana bantuan segera yang diberikan bukan sahaja pihak sekolah malahan daripada pelbagai pihak lain, agensi dan perseorangan yang ingin melihat keluarga ini memulakan langkah dan hidup baharu. Semoga mereka dapat menerima dugaan Allah ini dengan cekal dan pastinya ada tersirat hikmah yang tidak terjangkau pemikiran kita disebaliknya.

Tiada ulasan: