Semua ibu bapa serta penjaga diharapkan dapat memberi dorongan dan semangat supaya prestasi akademik anak-anak mereka dapat ditingkatkan pada masa akan datang. Mereka juga disarankan agar dapat menyelesaikan urusan pembayaran yuran pada hari tersebut atau selewat-lewatnya sebelum pelajar Tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR. Ia bertujuan melicinkan pengurusan pihak sekolah juga bertepatan dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang menyarankan agar segala urusan berkenaan dapat diselesaikan dengan segera~
Report Card Day Dan Kutipan Yuran
Jumaat, 26 Jun 2009 - Sekolah Kebangsaan Seri Utama telah mengadakan Report Card Day dan kutipan yuran. Bermula seawal pagi lagi, semua guru kelas bersiap sedia menerima kunjungan ibu bapa dan penjaga murid-murid SKSU. Guru-guru yang tidak memegang mana-mana kelas juga turut sama membantu dalam memastikan urusan kutipan yuran berjalan dengan lancar.
LADAP Kali Ke-3
Sabtu, 20 Jun 2009 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke-3 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Utama telah berjaya dikendalikan oleh Cik Siti Maimunah. Beliau selaku penyelaras Pusat Sumber SKSU dijemput sebagai fasilitator dengan dibantu oleh Cik Noorhafizzah merangkap setiausaha. LADAP kali ini kelihatan ceria dengan Modul Keratan Akhbar yang agak santai. Peserta LADAP yang terdiri daripada guru-guru SKSU dibahagikan kepada lima buah kumpulan.Slot ceramah yang disampaikan oleh Cik Siti Maimunah ringkas dan bersahaja. Kemudiannya surat khabar diagihkan kepada peserta. Mereka yang mewakili kumpulan Pendidikan, Agama, Ekonomi, Sukan dan juga Kesihatan bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Ahli-ahli kumpulan berkerjasama menjalankan kerja-kerja mengelas, melabel, mengunting, menyusun dan menampal keratan akhbar untuk menghasilkan buku skrap mengikut kereativiti kumpulan masing-masing. Pusat Sumber SKSU berbesar hati menyediakan hadiah kepada pemenang. Nantikan pengumuman kumpulan terbaik bagi modul ini~
Infomasi Terkini - e-Cadang
Langgan:
Catatan (Atom)