Majlis Sanjungan Budi : Selamat Bersara Cikgu Azizah!


Jumaat, 29 Januari 2010 - Majlis Persaraan Puan Hajah Siti Azizah Binti Abdul Karim telah berlangsung pada Khamis malam dan pagi Jumaat yang lalu. Majlis sanjungan budi ini diusahakan bawah kelolaan Kelab Sukan Dan Kebajikan Guru & Kakitangan SKSU (KESUMA) 2010.

Pada hari tersebut, perkarangan SKSU menjadi saksi 'kemeriahan' babak air mata. Warga SKSU yang lama mahu pun baharu turut sama berkongsi rasa sebak atas kehilangan guru berjiwa gigih ini. Masalah kesihatan yang bertahun dihadapinya tidak pernah 'membantutkan' perjuangan beliau dalam dunia perguruan.

Bermula dengan kerjaya sebagai guru pada tahun 1972 sehinggalah tarikh bersara, 25 Disember 2009. Sepanjang tempoh yang lama ini, beliau kekal setia bersama SKSU. Malah, guru kelahiran Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur ini, pernah menjadi pendidik kepada Ustaz Zamri rancangan 'Mari Mengaji' TV9.

Tahniah kerana sekali beliau melangkah sebagai guru, selamanya berakhir sebagai guru.
Semoga redha Allah SWT selalu bersamamu Cikgu Azizah! Selamat bercuti dan bersara daripada kami, warga SK Seri Utama. Jasamu sentiasa dikenang~

*** Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Apa yang penting bekerjasama!

Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1

Sabtu, 23 Januari 2010 - Seminggu yang lepas, Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 SKSU telah berjaya dilaksanakan. KBS ini disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Mereka telah diberi pendedahan tentang hadath kecil dan hadath besar.

Alhamdulillah, perjalanan program ini berlangsung dengan jaya. Semua guru yang bertindak sebagai penceramah, fasilitator juga AJK Kem Komandan memberi kerjasama yang san
gat baik. Jumpa lagi dalam siri seterusnya. Alfun syukron.

Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Lestari, SKSU

Objektif LDK :

1. Mengetahui pengertian dan jenis-jenis hadath, sebabnya.
2. Murid dapat mengenal tanda akil baligh.
3. Mengetahui cara-cara bersuci;
> Hadath Kecil (Wuduk dan Istinjak)
> Hadath Besar (Mandi)

Permuafakatan & PMD SKSU 2010

Isnin, 18 Januari 2010 - Minggu kedua SKSU telah berakhir dengan pelbagai program melibatkan ibu bapa dan murid khususnya. Perlaksanaan program awal tahun ini bertujuan mengembalikan 'mood bersekolah'. Bermula dengan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Prasekolah diikuti pula Program Maju Diri (PMD) Tahap Dua. PMD berlangsung selama tiga hari bergilir-gilir mengikut Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Penutup minggu tersebut berakhir dengan Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Murid Tahun 6 pada hari Jumaat.

Dengan terlaksananya program-program bersifat 'mesra sekolah' ini, diharap pihak sekolah dan penjaga dapat menjalinkan hubungan yang erat. Ia juga mampu memupuk semangat bekerjasama untuk memenuhi keperluan bersama demi kecemerlangan pelajar. Manakala PMD pula dilaksanakan berdasarkan modul yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tahniah kepada guru-guru yang terlibat sebagai koordinator dan fasilitator. Penyampaian modul dengan idea juga kreativiti dapat menyuntik semangat dan motivasi ke dalam diri para pelajar. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan pengisian ilmu yang diperolehi sepanjang aktiviti program berkenaan~