Dato' K beramah mesra di SKSU


25 Jun 2010 , Jumaat - Dato' Seri Dr Mohamed Khir Toyo telah turun padang dan sudi makan tengahari di Kafe Anjung Utama SK Seri Utama bersama rombongan pegawai pengiring beliau. Aktiviti beramah mesra ini adalah salah satu agenda yang diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan guru-guru. Sokongan penuh kepercayaan terhadap usaha dan jasa guru mendidik generasi muda adalah antara dorongan yang sering ditunjukan oleh beliau. Masjlis ini selain disertai guru-guru, murid-murid juga turut menikmati hidangan yang dtaja sepenuhnya oleh Adun Sg Panjang.

KARNIVAL SUKAN SK SERI UTAMA 2010



27 Jun, Ahad - Murid-murid Sk Seri Utama dari tahun 1 hingga tahun 6 , murid Kelas Pendidikan Khas dan murid Pra Sekolah telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bertanding dalam Karnival Sukan SKSU. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan rumah sukan. Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.


Berbagai acara dipertandingkan. Murid-murid berlumba penuh semangat kesukanan dan berpasukan tang dipupuk dalam acara sukan sebegini. Kemenangan adalah bonus , tetapi mengambil bahagian dengan penuh semangat adalah jati diri dan kesukanan yang ingin ditonjolkan. Sorakan ibubapa dan guru menaik semangat mereka berlumba.
.
.
Ibubapa yang hadir memberi sokongan tidak dilupakan. Mereka diberi peluang bertanding dalam acara padang. Kali ini anak-anak pula bersorak memberi sokongan. Para ibu begitu teruja dengan acara boling padang dan seramai 33 orang telah mencuba nasib melontar kelapa ke aras penanda. Balingan terhampir adalah pemenang. Sementara para bapa pula menunjuk bakat menendang bola cuma kali ini menendang bola ke belakang dan yang dapat menendang paling jauh adalah juara. Para pemenang menerima hadiah barangan eletrik.
.

Majlis penutup Karnival sukan ini telah disempurnakan oleh pegawai Penolong Unit Kokurikulum, En Fathul Haniff.
Karninal ini turut menyaksikan Rumah Kuning menggungguli dan memenangi karnival sukan kali ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK SK SERI UTAMA,

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



Yang Ingin Anda Lihat.. usik-usik sayang




Musim cuti, musim naik pelamin. Yang muda mendirikan rumahtangga, yang lebih senior terima menantu. Antara keluarga KESUMA yang melangkah ke alam baru dan menerima keluarga baru. KESUMA ucapkan selamat berbahagia dan selamat menjadi sebahagian keluarga KESUMA.



Tahniah buat Pn Rusnani dapat dua menantu sekaligus, dah pasang angan-angan dan dapat dua cucu juga. Mudah-mudahan. Begitu jua dengan Pn Hjh Foziah Ahmad , anak sulung menamatkan zaman bujang dan Encik Harun terus menambah ahli keluarga apabila seorang lagi anak gadisnya dimiliki jejaka bertuah.



Tahniah buat Cikgu Azwani dan En Adli juga Cikgu Suhartini dan pasangannya En Hafizal, sedang asyik bercinta jarak jauh nampaknya. Dugaan, cabaran perkahwinan memang begitu, sabarla ye.



Cikgu Anona juga sibuk mengurus majlis bagi kedua-dua adik iparnya dan Pn Seti Suleha yang pernah bertugas di SKSU turut teruja menerima menantu sulung. Juga sekalung tahniah buat mentor SKSU Tn Hj Suhaimi yang juga menerima menantu sulung awal Jun lalu. Semoga terus mencipta bahagia dan mengembangkan empayar keluarga. kesuma tumpang gembira.

SELAMAT HARI BAPA 2010-

Hari Bapa disambut diseluruh dunia pada minggu ketiga bulan Jun dan tahun ini ianya jatuh pada tanggal 20 Jun, Ahad. Justeru pengorbanan dan jasa bapa amatlah mulia dan besar dan tidak sesekali dapat dibayar harganya. Namun ingatan dan kasih sayang pada mereka yang bergelar bapa, ayah, papa,daddy, walit,baba , apa jua panggilan untuk mereka ini, bukanlah sekadar pada hari ini sahaja malah selagi hayat dikandung badan.

Wajah-wajah bapa SKSU yang pastinya adalah wira sejati bagi anak-anak yang di rumah mahupun anak-anak didik di sini. Semoga terus menjadi pemimpin keluarga yang serbajadi dan serba boleh. Selamat Hari Bapa dan menjadi wira keluarga.



Kata bistari: Cara terbaik seorang ayah boleh lalukan untuk

anak-anaknya

ialah menyayangi ibu anak-anaknya itu.

PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR



MOTIVASI DIRI (SLOT 1)


OLEH
USTAZ HJ ZAMRI B SAMSUDDIN

Ceramah Motivasi Diri yang amat bersemangat disampaikan dengan gaya tersendiri dan menarik minat pelajar. Penyampaian yang ceria meningkatkan motivasi dan menambah inspirasi diri murid. Slot ini turut melihat murid-murid melinangkan air mata keharuan apabila Ustaz Zamri mengenangkan kembali jasa dan pengorbanan ibubapa.



LATIHAN DAYA INGATAN MAX RECALL ( SLOT 2)


Slot ini mempraktikkan Latihan Daya Ingatan dan aplikasinya dengan subjek matapelajaran. Murid-murid dibimbing dalam kumpulan seramai 12 orang untuk mempraktikkan sistem ingatan yang telah terbukti berkessan kepada murid dan pelajar terutama bagi subjek Matematik dan Sains. Slot ini dibantu oleh mahasiswa Parlimen Sg Besar.



BELAIAN KASIH (SLOT 3)

ENCIK MUSLIMIN B YAHAYA


Slot ini dimulakan dengan penuh kesyahduan apabila murid-murid diminta memegang erat tangan ibubapa dan saling meluah perasaan kasih sayang yang selama ini sukar diluahkan atau terlupa untuk dinyatakan. Slot ini juga menyaksikan sekali lagi anak-anak ini mengalirkan air mata kasih atas jasa dan pengorbanan ibubapa. Ibubapa turut terharu dan mengambil peluang ini untuk menyatakan betapa anak-anak ini sangat besar ertinya kepada mereka dan hanya kejayaan dan kebahgiaan mereka sahaja yang dipohonkan dari Allah. Anak-anak yang berjaya juga didorong oleh motivasi yang tinggi ibubapa untuk turut sama merasai debar dan cabaran di tahun menghadapi peperiksaan. Slot ini diakhiri dengan anak dan ibubapa menjamu selera di Anjung Cafe Seri Utama, ibu menyuap makan anak-anak seperti waktu kecil mereka dulu.



Perasmian Penutup oleh

Yang Berhormat Pn Hajah Noriah Binti Kasnon SMS, PJK
(Ahli Parlimen Sg Besar)
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Terima kasih sekalung budi buat semua yang menjayakan
Program Motivasi dam Kemahiran Belajar ini.

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR

PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR
DI SEKOLAH RENDAH PARLIMEN SUNGAI BESAR.
PADA 5 JUN 2010 - 7.40 PAGI HINGGA 1 TENGAH HARI
DI DEWAN LESTARI SK SERI UTAMA
SASARAN ; 106 MURID TAHUN 6 DAN IBUBAPA/ PENJAGA
ANJURAN;
YANG BERHORMAT PN HAJAH NORIAH BT KASNON SMS, PJK
(Ahli Parlimen Sungai Besar)
Timbalan Menteri
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia
Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam
Majlis Kaunseling Daerah Sabak Bernam
SK Seri Utama
PIBG SK Seri Utama
PENGENALAN
Program motivasi ini dilaksanakan adalah khas untuk ibubapa dan murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.
MATLAMAT
*melahirkan pelajar yang berkebolehan, berketrampilan, berdisiplin, berkualiti dan berwawasan.
*meningkatkan pencapaian prestasi akademik
*memberi kesedaran kepada ibubapa akan peranan dan tanggungjawab terhadap anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.
*memberi latihan Daya Ingatan Maxz Recall
*memantapkan persediaan fizikal dan mental murid ke arah mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
"Dimana ada usaha pasti disitu ada jaya"

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

1 Jun 2010 bermulanya perjuangan dan pertarungan di medan peperiksaan bagi murid-murid Tahap Satu dan Tahap 2 di kelas arus Perdana juga murid-murid di Kelas Pendidikan Khas. Masing-masing ingin membuktikan siapa dapat mengatasi siapa dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ini. lebih mencabar apabila murid-murid ini turut terlibat dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun di Sekolah Agama mereka.

















Murid-murid sedang tekun menjawab kertas soalan peperiksaan.
"Berbekal ilmu yang dikutip dan diajarkan guru, usaha tanpa jemu,
ulangkaji yang berulangkali, iringan doa guru dan ibubapa agar
anak-anak murid ini berjaya dan cemerlang, amin."

NIKMATI PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA



Cuti persekolahan sudah bermula. Bagi yang bercuti tentunya telah merancang destinasi percutian bagi keluarga. Kesempatan cuti sekolah selama 2 minggu ini boleh dimanfaat dengan aktiviti bersama keluarga. Bawalah keluarga anda bercuti ke mana-mana destinasi dalam mahupun luar negara. Buatlah pilihan mengikut bajet anda. Selamat Bercuti.


Bagi yang tidak dapat bercuti kerana tugas lain, bolehlah memeriah undangan walimatulurus di sana sini . Bagi yang menjadi pengantin, Selamat Pengantin Baru, yang kahwinkan anak dapat menantu juga diucapkan Selamat Menyambut Menantu.
.
p/s: Pn Rusnani bt Ahmad sekeluarga menjemput semua guru dan kakitangan SKSU juga guru-guru yang mengenali beliau hadir ke Majlis Resepsi Walimatulurus putera-putera beliau pada 12 Jun di kediaman beliau.