LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2






JELAJAH PULAU LANGKAWI KENANGAN MANIS MURID TAHUN 6



13 November 2010, Sabtu: Seramai 34 orang murid Tahun 6 dan 6 orang guru telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Perjalanan dimulakan tepat jam 11.30 malam itu telah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis jam 6 pagi dan menaiki feri tepat jam 7 pagi.


Sesampainya di bumi Langkawi setelah sejam perjalanan dengan feri dari jeti Kuala Perlis, kami disambut mesra dan ramah pemandu pelancong, Cik Hafizah. Setelah dibawa bersarapan, destinasi pertama adalah ke Gunung Mat Cincang menaiki kereta kabel ke puncak setinggi hampir 7 ribu meter.






Berada pada ketinggian 7 ribu kaki dari paras laut bukanlah suatu yang mudah jika mempunyai ketakutan pada ketinggian. Ini cabaran yang dilakukan beberapa murid yang sememangnya takut pada ketinggian dengan jayanya atas dorongan dan sokongan kawan-kawan dan guru-guru. Kesemua 34 orang murid dan 9 orang guru menaiki kereta kabel dan menawan puncak tertingginya. Menikmati keindahan seluruh Pulau Langkawi dari atas sungguh memukau pandangan. Keindahan alam flora, fauna dan lautannya yang biru membuat kami terpegun dan amat bersyukur berada di bumi yang aman damai ini.


Pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila dapat bermain dan menyentuh spesis ikan pari yang diberi nama Fatimah, Omar dan Husin sesuatu yang baru bagi ahli rombongan ini. Spesis ikan sumpit yang pandai bermain dengan tetamu yang datang sangat menyeronokkan bukan sahaja murid, malahan guru-guru. Lihatlah aksi mereka.










Destinasi jelajah pulau merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakkan murid. Jelajah pulau dan gua ini mengambil masa hampir 2 jam.




Tidak sah jika datang ke bumi Mahsuri tanpa mengetahui dan melihat peninggalan lagenda manusia berdarah putih, Mahsuri. Terpegun melihat video sejarah dan kisah sedih Mahsuri difitnah dan dibunuh juga sumpahannya terhadap pulau itu.






Pasti tidak sempurna perjalanan ini tanpa adanya slot membeli-belah di Idaman Suri dan beberapa kedai baranngan keperluan keluarga di Langkawi ini. Saat yang begitu mengujakan bagi guru-guru yang sudah merancang untuk membeli itu dan ini juga mencari buah tangan dan cenderamata buat guru-guru yang tidak turut serta. Murid -murid juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk mencari buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan.








Ambang petang menyaksikan kepulangan kesemua ahli rombongan meninggalkan pengkalan Jeti Kuala Perlis menuju lokasi si Sungai Besar yang dijangkakan tengahmalam nanti. Walaupun letih dan penat, masing-masing sangat teruja menceritakan pengalaman masing-masing. Keriuhan suara mulai berkurangan apabila mereka diminta melihat kesan-kesan banjir yang memusnahkan tanaman padi di kirikanan jalan. Perjalanan jauh ditemani renjisan hujan menyejukkan suasanan malam membuatkan anak-anak ini dibuai mimpi indah hingga ke destinasi. Masing-masing mengukir senyuman melihat keluarga sudah menanti dan tidak sabar ingin menceritakan pengalaman manis jelajah Pulau lagenda Pulau Langkawi.

MOTIVASI MURID ASNAF, TAHUN 5 & IBUBAPA.




30 Oktober 2010, Sabtu- Motivasi bersama murid Asnaf, murid Tahun 5 dan ibubapa telah menarik dan memenuhi ruang dewan Lestari SKSU. Kata-kata semangat dan perangsang yang disampai penuh ekspresi oleh pakar motivasi Encik Saifol Anuar Sabran memukau murid-murid dan ibubapa yang hadir. Sesi 2 jam itu dirasakan begitu sekejap dan kehadiran istimewa YB Dato Seri Dr Khir Toyo bagi menutup rasmi majlis amat dinantikan. Suntikan semangat daripada Dato Seri sendiri dengan mengimbas kembali zaman persekolahan beliau dan ringtangan yang diharungi sehingga bergelar Menteri Besar Selangor termuda dan terus menabur bakti walaupun berasal dari keluarga yang miskin pada awalnya, sekali lagi membuat para hadirin terpukau. Beliau turut mengingatkan agar anak-anak ini sentiasa kenaldiri agar dapat berusaha sebaik mungkin dan memperbaikki kelemahan demi menghadapi cabaran UPSR 2011 nanti. Beliau akhirnya menjamu selera di Cafe AnjungUtama bersama ibubapa dan anak-anak didik yang hadir. Terima kasih Dato Seri atas sumbangan berupa seekor lembu korban, moga menjadi berkat bekal menuntut ilmu warga SKSU, terima kasih sekalung budi.