LAWATAN SAMBIL BELAJAR 1- GUA TEMPURUNG & LOST WORLD OF TAMBUN






15 NOVEMBER lalu, kira-kira 80 orang murid Tahun 4 - 6 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Gua Tempurung dan kemudian bergembira sakan di taman tema air. Seramai 10 orang guru turut menyertai lawatan ini. Berbagai pengalaman dan pengetahuan baru diperoleh di situ. Ianya juga sebagaim hadiah daripada ibubapa atas usaha dan penat lelah belajar sepanjang tahun kepada anak-anak mereka. Memperolehi ilmu dengan cara seronok begini pastinya meninggal kesan dan kenangan manis buat mereka.