PIAGAM PELANGGAN

“ Kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Utama komited untuk memberi layanan yang baik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami seperti berikut :

1. Murid

1.1 Memastikan bahawa setiap murid akan mendapat tempat duduk yang sesuai apabila mendaftar di Sekolah Kebangsaan Sri Utama.

1.2 Guru memastikan semua murid mempunyai pekerti mulia serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

1.3 Guru memastikan bahawa semua murid mendapat layanan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.

2. Staf

2.1 Memastikan staf akan mendapat gaji selepas tiga bulan melapor diri untuk berkhidmat di sekolah ini.

2.2 Menyediakan perkhidmatan yang baik dan mesra serta berkualiti bersama dengan masyarakat setempat.

3. Ibubapa

3.1 Memastikan bahawa setiap waris mendapat layanan yang cekap dan cepat.

3.2 Memastikan bahawa segala permasalahan disiplin dan aduan pelanggan dapat diselesaikan atas kadar segera tertakluk kepada keseriusan kes.

3.3 Memberi layanan dan khidmat kaunter dalam masa 15 minit.

3.4 Memastikan bahawa setiap aduan akan disiasat dan diberi maklum balas dalam tempoh dua hari.

3.5 Memastikan bahawa setiap cadangan akan diberi maklum balas kepada waris dalam tempuh 5 hari bekerja.

4. Stakeholder (PPD, JPN, KPM)

4.1 Memastikan bahawa setiap surat menyurat dilayani atas kadar segera,

4.2 Memastikan pihak sekolah memberikan kerjasama yang baik kepada PPD, JPN dan KPM apabila diperlukan.

4.3 Memastikan setiap arahan dan surat pihak PPD, JPN dan KPN diambil tindakan selewat-lewatnya 3 hari selepas surat atau arahan diterima


Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan sila berjumpa dengan
Guru Besar atau hubungi talian 03 - 32242278

Tiada ulasan: