Sejarah Sekolah kebangsaan Seri Utama



Nama asal bagi Sekolah Kebangsaan Seri Utama ialah ‘National Type Primary School, Sungai Besar’ (SRJK Inggeris Sungai Besar). Ia diwujudkan di Pekan Sungai Besar iaitu pekan kecil yang jauh dari Daerah Sabak Bernam. Kampung Sungai Besar adalah berdasarkan nama sungai pada masa itu di mana antara sungai-sungai di kawasan ini, sungai inilah yang paling besar. Oleh itu pekan ini dinamakan Sungai Besar.

Sebelum sekolah ini didirikan, murid-murid kampung ini bersekolah di S.R.J.K (I) Sabak Bernam di bangunan Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latif, Sabak Bernam sekarang. Memandangkan kesukaran murid untuk pergi ke sekolah dengan hanya menunggang basikal, sebuah sekolah telah diwujudkan di Bangunan Majlis Tempatan Sungai Besar mulai tahun 1960 dengan murid seramai 60 orang dan seorang guru bernama Geon Kau Ngee. Atas desakan ibu bapa, sebuah sekolah baru yang mempunyai 6 bilik darjah telah dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar.

Tiada ulasan: