Permuafakatan & PMD SKSU 2010

Isnin, 18 Januari 2010 - Minggu kedua SKSU telah berakhir dengan pelbagai program melibatkan ibu bapa dan murid khususnya. Perlaksanaan program awal tahun ini bertujuan mengembalikan 'mood bersekolah'. Bermula dengan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Prasekolah diikuti pula Program Maju Diri (PMD) Tahap Dua. PMD berlangsung selama tiga hari bergilir-gilir mengikut Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Penutup minggu tersebut berakhir dengan Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Murid Tahun 6 pada hari Jumaat.

Dengan terlaksananya program-program bersifat 'mesra sekolah' ini, diharap pihak sekolah dan penjaga dapat menjalinkan hubungan yang erat. Ia juga mampu memupuk semangat bekerjasama untuk memenuhi keperluan bersama demi kecemerlangan pelajar. Manakala PMD pula dilaksanakan berdasarkan modul yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tahniah kepada guru-guru yang terlibat sebagai koordinator dan fasilitator. Penyampaian modul dengan idea juga kreativiti dapat menyuntik semangat dan motivasi ke dalam diri para pelajar. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan pengisian ilmu yang diperolehi sepanjang aktiviti program berkenaan~

Tiada ulasan: