Majlis Sanjungan Budi : Selamat Bersara Cikgu Azizah!


Jumaat, 29 Januari 2010 - Majlis Persaraan Puan Hajah Siti Azizah Binti Abdul Karim telah berlangsung pada Khamis malam dan pagi Jumaat yang lalu. Majlis sanjungan budi ini diusahakan bawah kelolaan Kelab Sukan Dan Kebajikan Guru & Kakitangan SKSU (KESUMA) 2010.

Pada hari tersebut, perkarangan SKSU menjadi saksi 'kemeriahan' babak air mata. Warga SKSU yang lama mahu pun baharu turut sama berkongsi rasa sebak atas kehilangan guru berjiwa gigih ini. Masalah kesihatan yang bertahun dihadapinya tidak pernah 'membantutkan' perjuangan beliau dalam dunia perguruan.

Bermula dengan kerjaya sebagai guru pada tahun 1972 sehinggalah tarikh bersara, 25 Disember 2009. Sepanjang tempoh yang lama ini, beliau kekal setia bersama SKSU. Malah, guru kelahiran Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur ini, pernah menjadi pendidik kepada Ustaz Zamri rancangan 'Mari Mengaji' TV9.

Tahniah kerana sekali beliau melangkah sebagai guru, selamanya berakhir sebagai guru.
Semoga redha Allah SWT selalu bersamamu Cikgu Azizah! Selamat bercuti dan bersara daripada kami, warga SK Seri Utama. Jasamu sentiasa dikenang~

*** Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Apa yang penting bekerjasama!

Tiada ulasan: