Guru Besar Sk Seri Utama


Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Utama atas kejayaan menghasilkan Laman Web Rasmi SK. Seri Utama yang mengandungi pelbagai maklumat terkini dan maklumat am.
Penghasilan Laman Web ini penting untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Utama sentiasa berada di hadapan dan akan memastikan tidak akan ketinggalan dalam apa-apa jua bidang terutamanya dalam menempuhi dunia yang penuh dengan teknologi terkini.
Selain itu, manafaat yang mungkin didapati daripada pembangunan Laman Web Sekolah ini adalah amat besar sekali dan tidak terhingga untuk dikongsi oleh pelbagai lapisan masyarakat sekolah di dunia ataupun di Malaysia sendiri.
Akhir kata, saya merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web Sek. Keb. Seri Utama kerana telah berjaya menghasilkan Laman Web Sekolah yang lengkap dan bermaklumat. Di harap, dengan wujudnya web SK Seri Utama ini yang mana mungkin akan menjadi salah sebuah Laman Web Sekolah Rendah yang berjaya di daerah Sabak Bernam
Sekian, terima kasih.

PN HJH ASIAH BT ATAN
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Seri Utama,
Sungai Besar,Selangor D.E

Tiada ulasan: