Khamis, 25 Februari 2010 - Hari ini, bertempat di bilik gerakan SKSU, seramai lebih daripada 10 orang murid Tahun 6 telah selesai menjalani 'kelas tahanan' (Detention Class). Ia merupakan rintisan yang pertama kali bagi sesi tahun 2010.
Dimana pesertanya terdiri daripada murid-murid yang memoteng 'kelas bimbingan' Tahun 6 pada setiap hari Sabtu. Murid-murid yang sama juga didapati sering tidak hadir pada sesi persekolahan.
Selama empat hari berturut-turut mereka diberi hukuman dalam bentuk latihan intensif dengan diselangi sesi kaunseling kelompok. Cikgu Yazid dan cikgu Hakim telah bekerjasama memotivasikan kumpulan murid-murid bermasalah ini.
Pada hari Selasa dan Khamis juga Tuan Guru Besar bersama guru iringan yang lain mengambil peluang untuk 'turun padang'. Sesi lawatan ke rumah murid-murid tersebut adalah untuk bertemu dengan ibu/ bapa dan penjaga masing-masing secara langsung.
Diharapkan 'kelas tahanan' dan lawatan sebegini akan memberi teladan kepada murid-murid berkenaan dan juga murid-murid yang lain. Pihak sekolah juga mengharapkan kerjasama ibu bapa/ penjaga supaya salah laku yang sama tidak akan diulangi lagi pada masa akan datang.
Andai salah laku ini masih berlarutan, usaha murni bagi merealisasikan sasaran pencapaian UPSR '25-80' pasti sukar dicapai~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan