PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN UPSR 2010

MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB
BERSAMA PENCERAMAH JEMPUTAN


Sebanyak empat siri Motivasi dan Teknik Menjawab telah diadakan bersama empat orang penceramah jemputan yang merupakan guru-guru cemerlang dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada aturcara meningkatkan prestasi pencapaian calon UPSR 2010 yang seramai 106 orang tersebut.

Banyak kata-kata perangsang, penguat semangat dan membakar jatidiri mereka telah suarakan oleh para penceramah. Berbagai tips dan teknik telah diungkai dan dikongsi bersama agar mereka lebih telus dan yakin menuliskan bait-bait jawapan didada kertas jawapan , berani menyahut apa jua bentuk serangan soalan, dan yakin dengan pemikiran mereka sendiri. Disamping mereka masih terus dicuba, diduga dan di uji dengan set-set kertas soalan pelbagai sumber agar terus membaikki kelemahan diri dibimbing oleh guru-guru Tahun 6 yang sentiasa ada untuk membantu.

Begitulah usaha, begitulah daya dan begitulah cara, yang tinggal hanya hasil dan doa yang mengiringi perjuangan terakhir di persada sekolah rendah agar kejayaan sentiasa ada buat mereka. Teruskan usaha, tekad dan daya. Gunakan sisa masa yang ada sebaiknya.

Marathon UPSR akan menyusul selepas cuti Hari Raya. Bersiap sedialah.




Tiada ulasan: