Kuiz Bahasa Inggeris

Pada 27 April yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris SK Seri Utama telah menganjurkan Kuiz Bahasa Inggeris peringkat sekolah. Penyertaan adalah wakil dari setiap kelab dan persatuan. Kelab SPBT, Persatuan Agama Islam, Persatuan Sains dan Matematik serta Persatuan Bahasa Inggeris telah berjaya menempatkan diri di peringkat akhir pertandingan. Setiap pasukan yang menyertai telah menghantar 4 wakil dan mereka bergilir-gilir menjawab soalan yang diajukan oleh Quiz Master.

Penonton mendengar dengan kusyuk setiap soalan kerana terdapat sesi soalan untuk penonton selepas beberapa peringkat.


Para peserta mendengar soalan dengan teliti dan berfikir pantas untuk menjawab.


Pihak juri yang berdedikasi menilai jawapan yang diberikan oleh para peserta dan memberikan mata kepada setiap jawapan yang betul.


Persaingan sengit antara Persatuan Agama Islam dan Kelab SPBT telah menggamatkan suasana dewan pada hari pertandingan. Keputusan akhir adalah Kelab SPBT dinobat sebagai juara kuiz dengan memungut 23 mata manakala Persatuan Agama Islam di tempat kedua dengan 19 mata. Persatuan Bahasa Inggeris telah mendapat tempat ketiga dan tempat keempat disandang oleh Persatuan Sains dan Matematik. Tahniah diucapkan kepada para peserta kuiz.

KEJOHANAN SUKAN SEPANJANG MAC - APRIL


Sepanjang bulan Mac sehinggalah bulan Mei, telah berlangsung pelbagai kejohanan sukan di daerah Sabak Bernam. Berikut adalah penglibatan Sekolah Kebangsaan Seri Utama dalam beberapa kejohanan sukan.

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD 2011
Kejohanan ini telah berlangsung di SK Sungai Leman pada 22 Mac 2011 yang lalu. SK Seri Utama telah menghantar sebuah pasukan lelaki dan telah berjaya layak sehingga ke peringkat suku akhir.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD 2011
Sekolah kita telah menjadi tuan rumah bersama pada tahun ini. Berpadu tenaga dengan SMK Seri Bedena, kejohanan ini telah diadakan di Stadium Mini Sabak Bernam pada 28 hingga 31 Mac yang lalu. Pencapaian terbaik sekolah kita pada kejohanan kali ini adalah dalam acara lari berganti-ganti 200m Perempuan Kelas 5 di mana kita telah memperoleh pingat gangsa yang juga merupakan pingat tunggal untuk kontijen SK Seri Utama.

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD 2011
Tanggal 5 hingga 7 April yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak di SK Parit Baru dan SK Sungai Tengar. Pasukan SK Seri Utama telah memberikan saingan yang sengit sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Pasukan SK Seri Utama telah berjaya mendapat tempat keempat.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSS 2011
Setelah selesai kejohanan peringkat daerah Sabak Bernam, Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Selangor pula berlangsung pada 11 hingga 14 April yang lalu. Bertempat di Kuala Selangor, kontijen Sabak Bernam telah memperoleh 2 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.

KEJOHANAN HOKI MSSD 2011
Pada 13 April 2011, telah berlangsungnya Kejohanan Hoki di SK Seri Sekinchan. Sekolah kita telah menghantar dua pasukan yang tediri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Masing - masing telah mendapat tempat kelima dan keempat dalam kejohanan tersebut.

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD 2011
Kejohanan ini telah berlangsung pada 21 - 22 April 2011 bertempat di SK . Pasukan bawah 12 tahun SK Seri Utama telah berjaya memperoleh tempat ke-empat daripada 21 pasukan yang menyertai.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD 2011
Pada 28 April yang lalu, Kejohanan Sepak Takraw telah berlangsung di SK Simpang 4 BNO. Pasukan sekolah kita telah layak sehingga pusingan kedua sahaja dalam kejohanan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah berlatih dengan penuh dedikasi serta kepada semua guru yang terlibat sebagai jurulatih, pengurus pasukan dan penyokong. Kalah atau menang sudah menjadi adat pertandingan dan yang lebih diutamakan adalah penglibatan aktif dalam kegiatan sukan dan ko-kurikulum. Teruskan lagi usaha dan latihan agar dapat menempa lebih banyak kejayaan manis pada tahun hadapan.
Badan sihat, minda cergas!

MOTIVASI DIRI - FAHAMI, PELAJARI, ...

KESEDIHAN TANPA KAWALAN PUNCA KEHANCURAN INSAN



KEHILANGAN anggota keluarga adalah satu daripada dugaan Tuhan terhadap hamba-Nya untuk menguji tahap ketakwaan dan kesabaran.

SATU daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia ialah ‘kesedihan’. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk dengan sandaran wahyu, boleh jadi kesedihan itu menjadi punca kehancuran seseorang.

Ketika dunia mengalami krisis ekonomi global, tekanan hidup bukan hanya dirasai golongan miskin bahkan hartawan juga ikut terkena kesan kejatuhan raksasa kapitalis dunia. Orang mukmin tidak kira miskin atau kaya ikut sama merasai tekanan akibat situasi politik dan ekonomi yang membahayakan keselamatan harta serta jiwa mereka.

Tetapi, hanya mereka yang benar-benar teguh imannya boleh memenangi peperangan ini. Mereka yang berpegang dengan semangat reda atas putaran takdir yang berada dalam genggaman kuasa Allah. Mereka sentiasa mengingati pesan Allah yang dititipkan melalui al-Quran supaya orang mukmin reda dan berani menghadapi suratan kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)


Memang mustahil untuk tidak bersedih ketika diuji; kehilangan harta atau orang dikasihi, jawatan diidamkan atau kredibiliti diconteng dengan tinta fitnah tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, begitulah sunnah kehidupan yang tidak selamanya bahagia dan gembira, mesti ada kalanya ditimpa sedih dan sengsara.
Yang penting ialah kebijaksanaan kita memanfaatkan kesedihan itu menjadi potensi yang boleh melonjakkan kekuatan karakter mukmin sejati. Bukannya menjadikan kesedihan itu punca segala kehancuran atau pintu masuk syaitan ke dalam hati nurani.

Jika kita menyelami suara hati yang merintih, apakah keinginannya ketika tenggelam dalam kesedihan? Hati yang diserang sengatan syaitan akan berkata: “Malangnya nasibku, jika aku begini tidak akan jadi begini, aku sudah ditakdirkan menerima keburukan.”

Hati yang sentiasa berdampingan dengan Tuhannya tidak mahu merintih dan mempersoalkan ketentuan Kekasihnya Yang Maha Rahman. Dia berkata: “Beruntungnya aku kerana masih ramai orang yang lebih teruk keadaannya dibandingkan diri dan keluargaku, mesti ada rahsia yang disimpan Allah demi untuk kebaikan agamaku, tidak patut menyalahkan sesiapa kerana itu hanya alat bukan sebab, semua takdir pilihan Allah tiada yang buruk dan jahat, semuanya baik bagi hamba-Nya yang memahami dengan hati yang beriman.”

Untuk mendapatkan hati sebening mata air firdaus yang memandang segala ujian dengan pandangan iman, selayaknya kita mempelajari bahaya kesedihan dan kesannya dalam keperibadian kita. Antara kesan negatif kesedihan ialah:

◦Membuat jiwa kurang reda.
Ramai yang memiliki jiwa reda kepada Allah tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang masalah surutnya keredaan itu bersamaan dengan jatuhnya ujian ke riba. Tidak banyak, mungkin sedikit saja kalimah yang terlontar mewakili perasaan marah atau sedih. Tetapi justeru kalimah itu menurunkan tahap keredaan kita kepada Allah SWT.

Walaupun tidak hilang sama sekali, sepatutnya kita berhati-hati kerana mungkin dari celah yang sedikit itu syaitan akan mengambil peluang untuk masuk ke sudut hati dan akhirnya menguasai perasaan kita.

Sabda Rasulullah SAW ketika memeluk putera Baginda, Ibrahim yang dijemput Allah ke sisi-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya mata ini menangis, namun kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredai Tuhan kami.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Orang yang ditimpa musibah hendaklah memperhatikan setiap ayat diucapkannya dengan perhatian baik dan kawalan yang rapi. Kadang-kadang lidah tidak dapat ditundukkan. Ia menterjemahkan kesedihan hati dengan kata-kata yang tidak beradab kepada Allah seolah-olah mahu mempersoalkan kenapa Allah berbuat begitu dan begini? Padahal siapalah kita dibandingkan ilmu-Nya yang meliputi seluruh alam. Umpama si bodoh, dungu dan terencat akal yang berhujah di hadapan Yang Maha Alim.

◦Lupa akan nikmat-Nya.
Satu keburukan yang dilakukan seseorang, sering kali menghapus sejuta kebaikannya di mata manusia. Begitu juga seorang hamba yang dilimpahi rahmat dan anugerah tanpa putus dari saat hirupan pertama oksigen ke dalam jantungnya hingga nafas terakhir, tetapi apabila sedikit saja Allah menguji kesabarannya dia pun berpaling.

Dia tidak mahu menerima realiti yang harus dihadapi dengan berani, larut dalam kesedihan tidak berpenghujung sehingga membutakan mata hatinya untuk melihat nikmat Allah yang begitu banyak. Bolehkah kita melafazkan puji-pujian kepada Allah ketika sakit, hilang harta benda, pergi tak kembali orang istimewa, jatuh terjunam nama dan pangkat kita angkara kejahatan manusia? Bolehkah hati sentiasa bersyukur walau apapun yang terjadi dalam hidup ini?

Bukan hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya: Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia memuji-Mu dan mengucapkan istirja’. Allah berfirman: Binalah untuk hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama ‘Rumah Pujian’.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

◦Mengeruhkan hubungan sesama insan.
Musuh boleh menjadi punca kesedihan. Setiap manusia mempunyai musuh, tetapi mereka mesti belajar menakluk musuh dengan cara diredai Allah. Mereka dituntut untuk mahir bergaul, bersaing dan berlumba mendapat kejayaan dengan cara bersih dan murni mengikut lunas syariat.

Adakalanya kekalahan menyebabkan kita sedih dan mengguriskan dendam di hati. Al-Fudail bin Iyadh berkata kepada sahabatnya yang mengadu disakiti oleh seseorang: “Maafkanlah dia. Sahabatnya itu menjawab: Hatiku tidak mungkin memaafkan. Al-Fudail berkata: Orang yang pemaaf dapat tidur di atas katilnya dengan tenang sedang orang yang membela diri tiada hentinya berfikir untuk membela dirinya, cara apa yang akan digunakannya dan jalan apa yang harus ditempuhnya, apakah perkataan yang akan dikatakannya untuk mengalahkan hujah orang itu. Sudah tentu ia akan gelisah dan tidak dapat tidur.”

Kesedihan sebegini boleh menimbulkan penyakit hati, bahkan merosak jantung, menaikkan tekanan darah dan memecah ketenangan perasaan. Akhirnya menjejaskan kesihatan zahir dan batin.

Kesedihan juga boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia, pertalian orang tua dan anak menjadi tegang apabila kepala keluarga mengalami kemurungan. Suami dan isteri mesti menampilkan imej bahagia dan lupakan kesedihan ketika berada di hadapan pasangannya supaya kehidupan rumah tangga mereka terpelihara daripada anasir jahat.

Suami isteri yang berpengalaman dalam menjaga komunikasi biasanya cepat mengawal emosi dan menstabilkannya ketika berada bersama pasangannya.

Ingatlah nasihat Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ketika peristiwa hijrah: “Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita.” Makna daripada ungkapan Rasulullah SAW yang diabadikan dalam al-Quran ini seolah-olah memberi pengajaran kepada kita bahawa orang yang terjejas akibat kesedihan sebenarnya mereka ini jauh dari Allah.



zish

SALAM TAKZIAH BUAT TN HJ SANIP


Tanggal 23 April telah menjadi satu detik paling sedih dan duka buat seorang lagi keluarga KESUMA. Cikgu Tn Hj Sanip Ishak sekeluarga telah menerima ketentuan kembalinya seorang ibu yang dijaga penuh kasih sayang dan hormat ke rahmahtullah. Ramai rakan-rakan yang mengetahui turut hadir dan memberi penghormatan terakhir juga ucapan takziah kepada beliau dan keluarga. Kepada Tn Hj Sanip dan Pn Noraini dan keluarga, KESUMA mengucapkan takziah dan sabar dengan peristiwa sedih yang menimpa ini. Semoga arwah dilimpahi rahmat dan digolongkan dikalangan orang yang beriman. AlFatihah.


الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

ECO GREEN CARNIVAL CAMP DI DARC

Tarikh; 9- 11 April 2011

Tempat ; Denai Alam Recreation Centre, Shah Alam (DARC)

Aktiviti; perkhemahan. bengkel, lawatan. pembengtangan. permainan. perbincangan. sukan, memanah, berkuda, membuat beg\, membuat lencana, kraf mesra alam, roti bom, kilang. mekanikal, fotografi, berbasikal. berkenalan, kawan baru, bentuk kumpulan dan macam-macam lagi bersama 19 buah sekolah menengah dan rendah negeri Selangor dan sekolah jemputan dari Indonesia.

ditajaoleh STARBUCKS.



Perjalanan menuju DARC setelah selesai melawat Zoo Negara.



Penerangan keusahawanan daripada Uncle Fikri,Yawa.



Sepanjang 3 hari eco-camp ini peserta makan menggunakan daun pisang.


Berbengkel - stesen membuat roti bom, uli cikgu, uli... pelajar melihat penuh minat.



Permainan menguju minda dan semangat berpasukan.





Murid mendengar penerangan sebelum makan tengah hari.


7 orang murid tahun 5 dan 3 orang guru menyertai Eco Green Camp .


Untuk lebih info dan gambar sila lawati ruangan Laman Sekolah Lestari

Keluarga baru KESUMA dan aktiviti..


Alhamdulliah, KESUMA sekali lagi menerima keluarga baru , bukan seorang malah tiga orang dan akan menerima beberapa keluarga baru hingga penghujung tahun nanti.

KESUMA mengucapkan tahniah dan selamat berehat kepad Pn Nawal Adibah, Pn Sharifah Hanum dan Pn Khairuniza yang masing-masing telah selamat melahirkan bayi-bayi comel dan sihat. Nampaknya senarai menunggu pun agak panjang tahun ini. Kita doakan agar selamatlah semuanya.

Pn Thilaga yang masih lagi dalam rawatan dan memerlukan rehat yang panjang kerana terdapat sedikit masalah. Beliau masih berehat di Hospital Teluk Intan sehingga kandungannya beliau benar-benar kuat dan sihat. Sabar dan berehat.. ikut kata doktor ya, Pn Thila.

Susah senang kami satu keluarga... begitu janji ahli KESUMA. Untuk itu satu majlis bacaan yasin dan solat hajat telah diadakan di rumah Ustazah Kamariah Acil pada Jumaat (15 April) yang lalu. Selain sebagain sebahagian acara bulanan KESUMA ia juga memohon pertolongan Allah atas cabaran yang mendatangi keluarga ustazah tersebut. Moga mendapat keberkatan dan rahmat Allah jua.

PROGRAM SEKOLAH LESTARI NEGERI SELANGOR 2011


Unit Program Sekolah Lestari telah menghantar 7 orang murid Tahun 5 dan 3 orang guru untuk menyertai program tersebut. Nantikan laporan aktiviti yang akan diadakan di Pusat Rekreasi Denai Alam selama 3 hari .

PIBG hargai murid cemerlang UPSR 2010



PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) KOHORT 1

MEMANTAP PROFESIONALISME GURU SKSU

7 APRIL 2011- Rabu

Bilik Gerakan Sk Seri Utama

Tajuk Ceramah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penceramah



Pn Siti Aishah binti Sariaat

Jurulatih Utama PBS

SK Seri Makmur



Pn Fatimah binti Arabian

Jurulatih Utama PBS

Sk Sg Hj Dorani