Kuiz Bahasa Inggeris

Pada 27 April yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris SK Seri Utama telah menganjurkan Kuiz Bahasa Inggeris peringkat sekolah. Penyertaan adalah wakil dari setiap kelab dan persatuan. Kelab SPBT, Persatuan Agama Islam, Persatuan Sains dan Matematik serta Persatuan Bahasa Inggeris telah berjaya menempatkan diri di peringkat akhir pertandingan. Setiap pasukan yang menyertai telah menghantar 4 wakil dan mereka bergilir-gilir menjawab soalan yang diajukan oleh Quiz Master.

Penonton mendengar dengan kusyuk setiap soalan kerana terdapat sesi soalan untuk penonton selepas beberapa peringkat.


Para peserta mendengar soalan dengan teliti dan berfikir pantas untuk menjawab.


Pihak juri yang berdedikasi menilai jawapan yang diberikan oleh para peserta dan memberikan mata kepada setiap jawapan yang betul.


Persaingan sengit antara Persatuan Agama Islam dan Kelab SPBT telah menggamatkan suasana dewan pada hari pertandingan. Keputusan akhir adalah Kelab SPBT dinobat sebagai juara kuiz dengan memungut 23 mata manakala Persatuan Agama Islam di tempat kedua dengan 19 mata. Persatuan Bahasa Inggeris telah mendapat tempat ketiga dan tempat keempat disandang oleh Persatuan Sains dan Matematik. Tahniah diucapkan kepada para peserta kuiz.

Tiada ulasan: