FENOMENA SATU MURID SATU SUKAN....
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sebagai salah satu komponen program transformasi pendidikan bermula tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar yang mendapat reaksi positif warga pendidikan itu bertujuan mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, melalui penglibatan dalam bidang sukan, negara mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat untuk bertanding dan bersaing secara sihat.
“Sebab itu saya yakin bila kemeriahan aktiviti sukan dikembalikan di sekolah, anak-anak kita akan terbentuk sahsiahnya bukan sahaja dari segi akademik bahkan kurikulum yang tidak kurang pentingnya.
Sukan merupakan aktiviti yang boleh merapatkan hubungan, meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp iaitu saling bantu membantu antara satu sama lain.
29 Jun (Rabu) - Temasya Sukan Tahunan telah diadakan sebagai menyahut saranan tersebut. Ianya merupakan acara yang saban tahun diadakan dan mempunyai keistimewaan dan kenangan tersendiri. Sukan tahunan kali ini walau sederhana tetap meriah dan mencipta sejarahnya tersendiri.
Rumah BIRU mencipta kejayaan berganda-ganda apabila menyapu bersih semua piala pusingan dengan memenangi acara Perbarisan, hiasan rumah sukan dan juara kejohanan.
Tahniah BIRU, tahniah semua.