Pada hari tersebut, seawal pagi lagi pelbagai jenis sayur-sayuran mula dipamerkan. Pameran ini telah dilanjutkan selama dua hari berturut-turut. Antara objektif program ini adalah untut meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang jenis sayur-sayuran dan kepentingannya untuk tubuh badan. Malahan, bertepatan dengan hasrat ke arah lestari sekolah, program seumpama ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid untuk lebih suka dan sayangkan tumbuh-tumbuhan hijau yang ada di sekeliling mereka.Rabu, 8 Julai 2009 - Bertempat di tapak perhimpunan rasmi Sekolah Kebangsaan Seri Utama, Minggu Kesihatan & Kecergasan sekali lagi diteruskan dengan acara senamrobik pada sesi kokurikulum. Acara ini yang diadakan seawal pukul 5 petang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Memetik kata-kata Herophilus, "When health is absent, wisdom cannot reveal itself, art cannot manisfest, strength cannot fight, wealth becomes useless, and intelligence cannot be applied".
Pendek kata, sehebat mana murid belajar dan guru mengajar, keseimbangan serta gaya hidup sihat mesti sentiasa dipelihara dan dipulihara dalam masa yang sama. Sesungguhnya, kecemerlangan akhirat juga bertitik tolak melalui prestasi hidup yang sihat di dunia! Jom pakat sama-sama amalkan gaya hidup sihat~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan