Selasa, 13 April 2010 - Jurulatih Leftenan KRS, Kalam Bin Sahlan telah memahamkan pihak sekolah mengenai penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan kawad kaki KRS/ GO's/ NGO's peringkat daerah Sabak Bernam yang telah diadakan pada minggu lepas. Barangkali ini adalah insiden terlepas pandang yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh pihak penganjur.
Sekalipun tidak dicanangkan secara terbuka sebagai Johan, tetapi ucapan tahniah layak diberikan kepada pasukan ini. Pasukan KRS SKSU adalah satu-satunya pasukan kawad kaki sekolah rendah yang berani menurunkan 'kaki-kaki kawad' lelaki mereka ke Dataran Kejat, SBPI.
Ini bermakna mereka selayaknya dinobatkan menang tanpa bertanding. InsyaAllah, pasukan kawad kaki SKSU akan mewakili daerah Sabak Bernam untuk bereformasi di peringkat kebangsaan. Semoga pasukan SKSU tidak merajuk lagi. Lupakan rasa terkilan. Latihan kawad intensif perlu diteruskan dengan lebih bersemangat. Baris sedia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan