SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI LAHIR DI PRA...CERIA...COMEL

Pra Permata dan Pra Intan meraikan kira-kira 18 orang anak -anak murid yang menyambut ulangtahun hari lahir ke 5 dan ke 6 tahun dengan meriah sekali.
Majlis turut menjemput semua guru-guru yang mengajar anak-anak murid ini.
Untuk semua yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 5 dan 6 tahun, diucapkan SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA TERUS CEMERLANG DAN BERJAYA .

Jamuan Hari Guru dan Sambutan Hari Jadi di 6 Anggerik












Masa; Waktu rehat 10.30 -10.50 pagi

Lokasi- Kelas 6 Anggerik / 18 Mei 2011

Murid-murid dan guru-guru Tahun 6A

KEM BESTARI SOLAT KOHORT 1 2011 DI MASJID MAKMURIAH


07 Mei 2011, Sabtu
Kem Bestari Solat merupakan salah satu modul aktiviti yang terkandung dalam pelaksanaan program j-QAF mulai tahun 2005. Program j-QAF ini merupakan cetusan idea dan anjakan paradigma Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Dengan adanya program ini, matlamat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan murid– murid sekolah rendah akan mendapat pendedahan dan mempraktikkan fardhu ain secara sempurna serta dapat mendalami ilmu pengetahuan Agama Islam secara berperingkat- peringkat.
Menyedari hakikat bahawa golongan remaja merupakan aset yang paling berharga kepada negara pada masa hadapan, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui guru-guru j-QAF telah mengambil langkah yang drastik bagi mendidik dan membimbing murid-murid bermula dibangku sekolah rendah lagi. Ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya agar mendidik anak- anak ketika umur 7 tahun. Bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Hal ini diperkuatkan lagi melalui hadis Nabi yang bermaksud “anak-anak itu dilahirkan ibarat kain putih, maka ibu bapa yang akan mencorakkannya”.
Fundamentalnya, harapan kami melalui program ini agar murid-murid dapat menghayati dan menjiwai pengajaran yang terkandung dalam Agama Islam melalui solat dan amalan-amalan lain yang dituntut oleh Islam. Selain daripada itu,mereka akan terdidik untuk menjadi insan soleh dan solehah yang taat kepada perintah Allah, Rasul serta ibubapa dan seterusnya menjadi warganegara yang patuh dan taat kepada undang-undang negara.

Kem Bestari Solat adalah suatu aktiviti dan program yang dilaksanakan untuk memastikan murid- murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan dalam solat serta menguasai fardhu ain. Kem Bestari Solat ini diadakan sebanyak 4 kali dalam setahun. Oleh itu, dengan pelaksanaan kem ini, diharapkan murid-murid akan menguasai ilmu fardhu ain setelah mendapat pendedahan awal tentang bacaan, amali wudu’ dan amali solat dari zaman kanak-kanak lagi

Seramai 345 orang murid daripada Tahun 1 hingga 6 terlibat bagi siri 1 ini. Murid-murid Tahun 6 yang sudah menguasai kemahiran solat dengan baik dilantik sebagai rakan pembimbing kepada murid-murid lain. Ini dapat memantapkan pemahaman mereka disamping pendekatan rakan sebaya yang berkesan.

Semoga program ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah SWT. Selain daripada itu, mudah-mudahan melalui pembinaan modal insan ini akan melahirkan individu yang bersahsiah terpuji, intelektual yang tinggi serta berbudaya cemerlang dan mapan sebagai aset agama dan negara mendepani cabaran masa kini khusunya globalisai. Semoga usaha dakwah yang sekecil ini akan mendapat ganjaran pahala kebaikan serta beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
Amin Ya Rabbil Alamin…

Isnin Mei 16, 2011




PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI SEMPENA HARI GURU



PUTRAJAYA: Berikut adalah perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru, Isnin.

Dalam perutusannya itu, perdana menteri telah mengumumkan beberapa kaedah baru kenaikan pangkat untuk guru cemerlang dan juga kenaikkan pangkat untuk lebih 1,200 guru dari Gred DG48 ke Gred DG52.

BismilLahirRahamanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,

1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.

2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.

3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.

4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara.

5. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

6. Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:

7. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.

8. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

9. Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

10. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

11. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

12. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

13. Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.

Para guru yang dimuliakan sekalian,

14. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.

Pujangga bermadah:

Guru umpama kandil yang terang menyala,

Suluh cahayanya penerang jalan,

Sepatah kata dijadikan pelajaran,

Segumpal pesan dijadikan pedoman,

Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.

15. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Al-Fatihah...


Sekali lagi Kesuma mengucapkan salam takziah kepada dua orang ahli Kesuma yang telah kehilangan ayahanda tersayang yang telah kembali mengadap Allah. Takziah diucapkan buat Ustazah Raden Farha Raden Monawer dan Cikgu Hamdan Hassan atas berita sedih ini. Semoga kedua ayahanda ditempatkan bersama kekasih Allah di alam sana. Al-Fatihah.......

Selamat hari Guru


Guru adalah guru
Dia juga jurulatih bola
kadang2 guru jadi polis
kadang2 jadi kerani
hari rabu jadi pengakap
hari jumaat jadi pak Imam
kadang2 bertukar jadi pak Guard jaga pintu pagar
kadang2 jadi keling botol tertonggeng tongeng tepi parit kutip tin dengan sampah yg dibuang murid
kadang2 jadi ahli perniagaan kacang yg berjaya
kadang2 plak jadi doktor atau misi
Kereta buruknya pulak jadi ambulans
Silap masuk bilik sakit tengok guru berduaan tidur dengan murid atas katil sakit... dah katil pon satu kongsi tidur
kadang2 meeting tergempar kena perli kat senior org kg blakang skolah.... cikgu malas ler.... ascape kelas ler..... dia tidur dalam kelas takder plak cikgu2 lain bising...
macam biasa GB tetap cool jer.....
kencing manis daaaaa..

Guru oooo guru
budak tahun satu cukup suka
bila PJ.......
tak pasal2 PJ kul 7.20
tiba2 kul 7 guru dah prittttttt suruh murid berPJ.......
oooooooo ingat dah PJ... rupanya belum...... hentam sajalah....

Guru ooo guru
Time sukan besar
Ko jer yang gali lubang untuk lompat jauh
keretamu dah calau bilau di guna angkut pasir di pantai.....
Suruh muridkan ada pulak cikgu belakang sekolah komplain....
Tak suruh kang.... kejer tak jadi.....
last sekali esoknya cikgu MC demam kura2 kat umah.....

Guru ooo guru.....
sekian kali hujung tahun..... tercari2 buku akaun....
mau chek ada baki ker tidak....... bonus tak dapat...
mati kutu jadinya
last sekali motor honda 70 dijual.....
nak buat macm mana...
adik2 duk asrama berhutang asrama dah 2000 rial.....
tak bayar nanti result disekat....

dah kawin pon macm tu jugak guru......
timang anak mcm org lain .......
pagi hantar pengasuh pkl 5 ptg baru bleh cium pipi anak
malam2 anak duk pegang ibu.... ayah pulak kepenatan
sekolah jauh 100 km pergi dan balik.....
duit gaji bertahan tak sampai 2 minggu.....
pergi sekolah bawa roti...... kalau jumpa nasi lemak alhamdulillah....
malam baru jumpa nasi.....
terima kasih untuk isteri sudi memasak walaupon keletihan di skolah

Guru oooo guru
murid2.. kamu solat jumaat ker????
bertanya sang guru...
tak cikgu......
mengapa tak solat
ayah tak solat cikgu.....
takper la..... minggu dpn kita pi solat jumaat sama2 tunggu kat skolah
gembira hati sang guru dapat 4 murid yg sanggup solat.....

tapi guru tetap guru
kadang kadang dipuji
kadang2 di keji dan di sepak terajang...
sekali guru mengamok tong sampah pon pecah

guru ooo guru
baru ingat lesson plan dah sebulan tak hantar
lupa buat kadang2 sengaja tak buat.......
itu la ragam
dapat GB baik dia kenyitkan mata jer
dapat GB garang kena larikan diri

Guru ooo guru
tiba jer peperiksaan
itu ler hari cukup pedih
kadang2 terpikir macm mana nak rooling duit
nak potostat.........
tanya GB... pandai2 ler potostat...
sekolah pon takdak duit..
kantung PIBG dah kering....

cikgu jugak ler tu.......

Datang Sang Menteri...
Kementerian akan bangun sekolah ni
akan baiki......
supaya anak2 terjamin
kata2 tinggal kata2....
Cikgu gak yang ke kedai potostat setiap bulan
maklum ler PK1 kata kita kena standard sekarang
jadi ujian diadakan tiap2 bulan
untuk standardkan sekolah kita....
potostat pakai duit sendri.....
kalau soalan tak stadard buat lain.......

guru ooo guru

credit to: TKO & Qassam

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN - KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR

Murid-murid sedang cuba menjawab soalan diberikan sambil dipantau guru-guru



Pn Rusnani sedang memberi tips menjawab kertas 1 kepada murid Tahun 5.





4 - 5 Mei 2011




Nama Program; Teknik dan Strategi Pengukuhan Format Kertas Bahasa Inggeris Tahun 5



dan



Memperkenalkan Format dan Teknik menjawab Kertas Bahasa Inggeris Tahun 4





Sasaran



90 orang Murid Tahun 4 dan 102 orang Tahun 5




Penceramah;



Pn Rusnani Ahmad



Pn Hjh Foziah Ahmad



Pn Puziah Shariff



Pn Faizah Sanusi



dibantu oleh



Guru-guru Bahasa Inggeris


WAJAH-WAJAH IBU... SELAMAT HARI IBU

Gemilang dan cemerlang jiwa dan naluriku
Kerana doa dan restumu ibu


Alangkah bahagia diriku
Disinari kasih sayang dan cinta seorang ibu





Kaulah sumber inspirasiku




Tak terbalas jasa dan pengorbananmu ibu

Tanpamu tiadalah aku mengisi hidupmu


Kau insan penyayang Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu





Ibu oh ibu fitrah ku murni Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku Kau disayangi kerana menyayangi




Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa





Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan





Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku





Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian









Kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu ,Namun terimalah keikhklasanku




Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu





Tiada kata seindah bahasa....
tiada madah yang setanding kasih IBU....





Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu



Kulihat kau amat sederhana ibu
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku




Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu





Moga Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus





Ibu kaulah serikandiku
Kau tidak akan luput dalam ingatanku


SELAMAT HARI IBU



PENGHORMATAN yang tinggi kepada ibu menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan tersebut.
Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.
Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei. Untuk semua ibu, terimalah sajak Ibu ini.

Dalam setiap irama tubuhmu kau selalu menyapa
Dalam kepenatan yang tak pernah terbisikkan kau selalu mendekap
Dalam kerinduan yang sangat kau tak pernah ingin lepas dariku

Usiaku kini telah berubah
Aku bukan lagi balita kecil
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini
Kala yang lain terlelap
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

Kutahu kau tak pernah terlena
Pikiran, hati, jiwa, dan emosiku selalu bekerja demi masa depanku
Kau selalu berpacu dengan waktu
Kaulah pengantar luasnya pengetahuanku
Kala wadah kosa kataku
Kaulah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan
Kaulah bintang berkilauku
Yang tak akan pernah terlupakan
oleh rangkaian huruf cahaya sejarah peradaban manusia

Andai aku bisa, bunda
Kan kubalas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu, bunda
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu,
sehangat dekapanmu, setulus kasihmu,
dan sebijak nasihatmu

Kutahu, bunda
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku
dalam setiap do’a yang kau panjatkan
Kutahu bunda
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
yang keluar dari lisanmu
Kutahu bunda
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah
Kutengadahkan tanganku berharap
kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi
Kumemohon berilah bunda mimpi yang selalu indah
Ya Rabbul Izzati
Kuberharap padaMu anugerahkan bunda kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari
Ya Illahi
Sejahterakanlah bunda

Bunda, pelangi dan matahariku



Selamat Hari Pekerja 2011




Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1887di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.


Asal-usul

Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.

Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.

Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.

Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.



HARI GURU - SEJARAH DAN CERITANYA



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.


Tema hari guru1.
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
2.1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
3.1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
4.1975 Guru dan Pembangunan Negara
5.1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
6.1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
7.1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
8.1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
9.1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
10.1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
11.1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
12.1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
13.1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
14.1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
15.1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
16.1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
17.1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
18.1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
19.1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
20.1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
21.1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
22.1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
23.1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
24.1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
25.1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
26.1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
27.1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
28.1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
29.1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
30.2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
31.2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
32.2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
33.2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
34.2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
35.2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
36.2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
37.2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
38.2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
39.2009 Guru Pembina Negara Bangsa
40.2010 Guru Pembina Negara Bangsa


Mei datang lagi dan setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini temanya Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

Teruskan tingkatkan produktiviti menjana transformasi.