MAJLIS PERMUAFAKATAN IBUBAPA PRASEKOLAH 2011






Kelas Prasekolah dan Kelas Pendidikan Khas Prasekolah Bermasalah Pembelajaran telah mengadakan Majlis Permuafakatan Ibubapa pada 26 Januari 2011 di Dewan Lestari dan turut disertai oleh Guru Besar , Encik Ishak B Md Noor. Tahun 2011 ini kelas-kelas Prasekolah mempunyai semaksimum 60 orang murid bagi Kelas Pra Permata, Kelas Pra Intan dan Kelas Pra Mutiara. Guru-guru bertauliah telah ditugaskan bagi setiap kelas tersebut. Tahun ini sekolah ini telah membuka satu lagi kelas Pra Intan bagi kanak-kanak berumur 5 tahun untuk menimba ilmu seawal usia.


ORGANISASI SESI PERSEKOLAHAN 2011

PENGERUSI
EN. ISHAK BIN MD.NOOR PJK,PPS
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1
PN. HJH. FARIDAH BT. MOHD PILUS
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 11
PN. RUSNANI BT. AHMAD
(GURU KANAN HEM)

NAIB PENGERUSI 111
EN. HARUN BIN SAIB
(GURU KANAN KO-KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 1V
EN. MOHD. FIRDAUS BIN BAKRI @ HASHIM
(GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS)

PENYELARAS
PN. JAMA’IAH BT. ABD. MANAF
(GURU PRASEKOLAH INTAN)

SETIAUSAHA
EN. KAMARUL FITRI BIN KAMARUDIN
(GURU PRASEKOLAH PERMATA)

NAIB SETIAUSAHA
PN. ROSILAWATI BT. ADON
(GURU PRASEKOLAH INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS)

BENDAHARI
PN. HJH. FATIMAH ZAHARAH BT. MOHD. SUBARI
(KETUA PEMBANTU TADBIR)

AHLI JAWATANKUASA
CIK HUZAIMAH BT.MOHD.BAHARUDDIN
PN.NORIAH BT. SAMAH
PN. NORAZLINA BT. SAIAN
PN. TILAGAWATHI A/P SELVARAJA
EN. MOHD. SANI BIN MOHD. SALLEH
CIK NURLIHA BT.ARSHAD

WAKIL WARIS
ENCIK AZHAR BONAWI
ENCIK YAZID
ENCIK BASRI
PN SAODAH

VISI SEKOLAH
Menjadikan Sekolah unggul akademik, kokurikulum, bersahsiah dan kemenjadian murid yang cemerlang dalam daerah Sabak Bernam menjelang 2013

MISI SEKOLAH
Meningkatkan akademik, kokurikulum, sahsiah dan kemenjadian murid yang cemerlang dan celik ICT melalui Pendidikan yang terancang.

MATLAMAT PENUBUHAN PRASEKOLAH
Prasekolah ditubuhkan di sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk membantu kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak yang lain.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Disamping itu diharapkan kanak-kianak dapat menguasai dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


Kelas Pendidikan Prasekolah dibuka di SK Seri Utama pada Januari 2004 dengan hanya satu kelas sahaja dan menerima kanak-kanak seawal umur 5 tahun seramai 25 orang. Kelas ini adalah sebuah kelas yang telah diubahsuai dengan segala kelengkapan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan.
Pada tahun 2007 pula sekolah telah menerima perluasan sebuah lagi kelas Prasekolah Integrasi Pendidikan Khas dengan menerima pelajar sulongnya seramai 4 orang.
Di bawah NKRA pula sekolah telah menerima perluasan.. sebuah bangunan lagi untuk prasekolah menjadikan sekarang berjumlah 3 buah kelas prasekolah dengan kapisiti murid normal seramai 50 orang dan pendidikan khas seramai 9 orang.
Seramai 3 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid dibantu dengan 6 orang guru damping bertanggungjawab mendidik anak-anak warisan masa depan negara yang telah diamanah oleh ibubapa/penjaga.

SESI PERSEKOLAHAN
Sesi persekolahan mengikut hari persekolahan SK Seri Utama :
Isnin—Jumaat : 7.30pg — 11.40 pg.
Murid dikehendaki hadir setiap hari pukul 7.30 pg untuk bersarapan.
Setiap hari Isnin murid Prasekolah terlibat sama dalam perhimpunan mingguan





OBJEKTIF AM PRASEKOLAH
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warga Negara yang patriotik.
Menggunakan bahasa melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam
Mempunyai kemahiran kognetif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran social
Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
Mempunyai daya keativiti dan menghargai keindahan alam dan warisan budaya


KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH
Tunjsng Komunikasi (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris)
Tunjang Sains dan Teknologi (Sains dan Matematik
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Ketrampilan Diri
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai


BAYARAN TAHUNAN
Insuran Takaful RM1.50.




AKTIVITI TAHUNAN
Kem Little Been
Temasya Sukan
Karnival Bakat
Hari Konvokesyen
Futsal dan Bolajaring Mini
Sambutan Hari Lahir
Lawatan Sambil Belajar
Pemeriksaan Kesihatan

HAPPY BIRTHDAY FEBRUARI 2011


LARIAN LESTARI- Cabaran merentas desa bermula.

Tanggal 26 Januari 2011, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Utama. Kejohanan bermula seawal jam 3.30 petang dan disertai oleh semua murid Tahap 2. Walaupun dalam keadaan hujan pada awalnya, larian tetap diteruskan. Murid-murid dengan penuh bersemangat telah merentasi desa dan persisir sawah yang permai sepanjang 12 km. Terdapat beberapa check point sepanjang trek larian dan setiap satu diawasi oleh guru-guru yang bertugas. Larian berjalan lancar dan tiada kecederaan serius dilaporkan.












Pihak sekolah telah mendapat kerjasama pihak Polis Di Raja Malaysia bagi membantu menjaga keselamatan murid yang terdedah kepada lalu lintas sepanjang larian. Segunung ucapan terima kasih kami hulurkan kepada pegawai polis trafik yang telah memberi bantuan menyelia keselamatan murid-murid.

Acara larian berakhir pada jam 5.00 petang. Juara keseluruhan kejohanan telah dimenangi oleh Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada warga Rumah Hijau dan semua murid yang mengambil bahagian. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus memastikan perjalanan Kejohanan lancar dan berjaya.

PROGRAM MAJU DIRI 2011





Pada 25 hingga 27 Januari yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Maju Diri yang melibatkan murid Tahap 2. Program berkenaan telah berlangsung selama 3 hari bermula Selasa 25 Januari untuk Tahun 4, Rabu 26 Januari untuk murid Tahun 5 dan Khamis 27 Januari untuk murid Tahun 6. Program berkenaan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid Tahap 2 tentang peraturan sekolah, disiplin, penggunaan Pusat Sumber serta ceramah motivasi diri.
Modul program terbahagi kepada bahagian iaitu Bahagian pertama pada awal pagi di mana taklimat disiplin dan peraturan sekolah disampaikan oleh Unit Disiplin sekolah. Bahagian kedua diisi dengan segmen taklimat Pusat Sumber Sekolah yang telah disampaikan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Selepas rehat, murid mendengar ceramah motivasi diri yang disampaikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, murid-murid dapat memperlihatkan kemajuan diri mereka dari segi pelajaran, sahsiah dan ko-kurikulum. Di samping itu, murid-murid turut diharapkan supaya dapat mematuhi peraturan sekolah.

Mesyuarat Kecemerlangan UPSR 2011


Isnin, 24 Jan - Unit Kecemerlangan UPSR sekali lagi memulakan sesi 2011 ini dengan lebih jitu, mantap, berani dan semangat baru demi menaikkan prestasi dan kecemerlangan UPSR 2011. Sesuai saranan gurubesar, Encik Ishak b Md Noor agar perancangan yang lebih teliti dan menyeluruh perlu diatur agar dapat menebus runtunan prestasi pencapaian 2010.


Guru-guru tahun 6 diberi kepercayaan memikul tugas ini demi prestasi yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pn Azizah Muzaini selaku penyelaras mewakili semua guru-guru tahun 6 berjanji akan memberikan yang terbaik dan akan sentiasa fokus dalam setiap aktiviti dan perancangan demi memastikan peningkatan prestasi yang baik dan konsisten. Komitmen dan kepakaran mengikut matapelajaran masing-masing menjadi keutamaan perjuangan guru-guru ini. Diharapkan murid-murid tahun 6 tahun ini dapat dipantau seawal Januari bagi memastikan akademik, sahsiah, jatidiri, disiplin, motivasi dan semangat juang mereka terus membakar dan meningkatkan prestasi.


Satu program telah diaturkan dan akan dijalankan pada 29 Januari di Dewan Lestari iaitu Program Pemuafakatan Murid Penjaga Tahun 5 dan 6. Program ini selain memberi motivasi kepada ibubapa juga turut membuka ruang silaturahim antara guru-guru dan ibubapa itu sendiri agar ada kesefahaman dan kepercayaan dalam mendidik di sekolah dan pemantauan di rumah. Diharap program ini mendapat sambutan baik para ibubapa sekaligus menjalin pemuafakatan demi kejayaan anak-anak calon UPSR 2011 dan 2012.

Rumah Murid Tahun 6 Terbakar.

Keadaan rumah yang hangus terbakar, tiada apa yang tinggal, namun penghuninya selamat.
Lokasi - Sg Lias, Sg Besar


Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila melihat kelengkapan persekolahan yang baru hangus terbakar menjadi debu. Namun itu bukanlah pematah semangat adik Suhaida bt Sari Sulung yang merupakan calon UPSR 2011 ini. Kisah sedih berlaku di awal persekolahan apabila Suhaidah masih begitu teruja memulakan sesi persekolahan yang baru dibuka. Tinggal sehelai sepinggang melihat sayu tempat berlindung, bermain, bermanja, sekeluarga hangus dimamah api akibat lintar pintas telah memusnahkan segalanya dalam beberapa minit sahaja. Sepantas itu juga satu pungutan kilat bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung telah dijalankan dan telah disempurnakan penyerahannya oleh guru besar , Encik Ishak Md Noor dengan diiringi oleh guru HEM, Pn Rusnani Ahmad, guru Bimbingan Kaunseling, Encik Abdul Hakim dan guru media yang juga selaku pengantara sekolah Encik Kalam Salam yang melaporkan.
Sumbangan yang disampaikan pastinya tidak dapat mengembalikan apa yang telah dimamah api selahapnya, namun diharap dapat meringankan bebanan penanggunggan kesedihan, terkejut atas kegemparan peristiwa ini kepada keluarga ini. Adik Suhaida dan adik-adiknya juga sudah dapat meneruskan persekolahan seperti biasa kerana bantuan segera yang diberikan bukan sahaja pihak sekolah malahan daripada pelbagai pihak lain, agensi dan perseorangan yang ingin melihat keluarga ini memulakan langkah dan hidup baharu. Semoga mereka dapat menerima dugaan Allah ini dengan cekal dan pastinya ada tersirat hikmah yang tidak terjangkau pemikiran kita disebaliknya.

JOM KEMBALI KE SEKOLAH


SELAMAT TAHUN BARU 2011
SELAMAT DATANG kepada guru-guru dan murid-murid BARU
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua
Bawa, bina dan kuatkan azam

fokuskan sasaran untuk
KECEMERLANGAN DIRI
KECEMERLANGAN KELUARGA
KECEMERLANGAN SEKOLAH
KECEMERLANGAN NEGARA

HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2011.



JUMAAT. 31 DIS 2010 - Walaupun telah diumumkan sebagai cuti am, hari orientasi ini diteruskan. Guru-guru dan murid-murid begitu teruja untuk memulai sesi baru persekolahan bagi tahun 2011 ini. Sejak awal pagi lagi telah ramai ibubapa yang turut mengambil kesempatan cuti ini datang menemani anak-anak mereka. Datang lengkap berpakaian seragam, murid-murid ini kelihatan lebih yakin dan berani. Ada juga yang menggalas beg yang saiznya hampir sama dengan mereka, namun tetap yakin dan gagah menghayun langkah memulakan hari baru buat mereka. Kira-kira 60 orang murid tahun 1 dan Pra Sekolah mendaftar dan melapor diri pada hari ini. Pra sekolah juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila masih ada permohonan ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Tahun ini Pra Sekolah akan membuka satu lagi kelas dan itupun sudah tutup permohonan kerana sudah memenuhi tempat. Ibubapa diingatkan agar mendaftar lebih awal.


Sekaligus dengan hari orientasi ini turut diadakan hari kutipan Bayaran Persekolahan sesi 2011. Kebanyakkan ibubapa yang datang lebih bersedia dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan . Ini mungkin disebabkan mereka telah merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan telah meletakkan bayaran persekolahan anak-anak sebagai keutamaan. Terima kasih daripada pihak sekolah, semoga hari pertama persekolahan tahun ini berjalan dengan lancar dan baik sekali. Azam memberikan pendidikan terbaik sentiasa menjadi azam utama pendidik di sini. Terima kasih atas sokongan ibubapa.

Selamat Tahun Baru dan Selamat Bertugas buat guru-guru, buat murid-murid, Selamat Menempuh Alam Persekolahan Sesi 2011 dengan cemerlang.