PROGRAM MAJU DIRI 2011





Pada 25 hingga 27 Januari yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Maju Diri yang melibatkan murid Tahap 2. Program berkenaan telah berlangsung selama 3 hari bermula Selasa 25 Januari untuk Tahun 4, Rabu 26 Januari untuk murid Tahun 5 dan Khamis 27 Januari untuk murid Tahun 6. Program berkenaan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid Tahap 2 tentang peraturan sekolah, disiplin, penggunaan Pusat Sumber serta ceramah motivasi diri.
Modul program terbahagi kepada bahagian iaitu Bahagian pertama pada awal pagi di mana taklimat disiplin dan peraturan sekolah disampaikan oleh Unit Disiplin sekolah. Bahagian kedua diisi dengan segmen taklimat Pusat Sumber Sekolah yang telah disampaikan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Selepas rehat, murid mendengar ceramah motivasi diri yang disampaikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, murid-murid dapat memperlihatkan kemajuan diri mereka dari segi pelajaran, sahsiah dan ko-kurikulum. Di samping itu, murid-murid turut diharapkan supaya dapat mematuhi peraturan sekolah.

Tiada ulasan: