Mesyuarat Kecemerlangan UPSR 2011


Isnin, 24 Jan - Unit Kecemerlangan UPSR sekali lagi memulakan sesi 2011 ini dengan lebih jitu, mantap, berani dan semangat baru demi menaikkan prestasi dan kecemerlangan UPSR 2011. Sesuai saranan gurubesar, Encik Ishak b Md Noor agar perancangan yang lebih teliti dan menyeluruh perlu diatur agar dapat menebus runtunan prestasi pencapaian 2010.


Guru-guru tahun 6 diberi kepercayaan memikul tugas ini demi prestasi yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pn Azizah Muzaini selaku penyelaras mewakili semua guru-guru tahun 6 berjanji akan memberikan yang terbaik dan akan sentiasa fokus dalam setiap aktiviti dan perancangan demi memastikan peningkatan prestasi yang baik dan konsisten. Komitmen dan kepakaran mengikut matapelajaran masing-masing menjadi keutamaan perjuangan guru-guru ini. Diharapkan murid-murid tahun 6 tahun ini dapat dipantau seawal Januari bagi memastikan akademik, sahsiah, jatidiri, disiplin, motivasi dan semangat juang mereka terus membakar dan meningkatkan prestasi.


Satu program telah diaturkan dan akan dijalankan pada 29 Januari di Dewan Lestari iaitu Program Pemuafakatan Murid Penjaga Tahun 5 dan 6. Program ini selain memberi motivasi kepada ibubapa juga turut membuka ruang silaturahim antara guru-guru dan ibubapa itu sendiri agar ada kesefahaman dan kepercayaan dalam mendidik di sekolah dan pemantauan di rumah. Diharap program ini mendapat sambutan baik para ibubapa sekaligus menjalin pemuafakatan demi kejayaan anak-anak calon UPSR 2011 dan 2012.

Tiada ulasan: