HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2011.



JUMAAT. 31 DIS 2010 - Walaupun telah diumumkan sebagai cuti am, hari orientasi ini diteruskan. Guru-guru dan murid-murid begitu teruja untuk memulai sesi baru persekolahan bagi tahun 2011 ini. Sejak awal pagi lagi telah ramai ibubapa yang turut mengambil kesempatan cuti ini datang menemani anak-anak mereka. Datang lengkap berpakaian seragam, murid-murid ini kelihatan lebih yakin dan berani. Ada juga yang menggalas beg yang saiznya hampir sama dengan mereka, namun tetap yakin dan gagah menghayun langkah memulakan hari baru buat mereka. Kira-kira 60 orang murid tahun 1 dan Pra Sekolah mendaftar dan melapor diri pada hari ini. Pra sekolah juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila masih ada permohonan ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Tahun ini Pra Sekolah akan membuka satu lagi kelas dan itupun sudah tutup permohonan kerana sudah memenuhi tempat. Ibubapa diingatkan agar mendaftar lebih awal.


Sekaligus dengan hari orientasi ini turut diadakan hari kutipan Bayaran Persekolahan sesi 2011. Kebanyakkan ibubapa yang datang lebih bersedia dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan . Ini mungkin disebabkan mereka telah merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan telah meletakkan bayaran persekolahan anak-anak sebagai keutamaan. Terima kasih daripada pihak sekolah, semoga hari pertama persekolahan tahun ini berjalan dengan lancar dan baik sekali. Azam memberikan pendidikan terbaik sentiasa menjadi azam utama pendidik di sini. Terima kasih atas sokongan ibubapa.

Selamat Tahun Baru dan Selamat Bertugas buat guru-guru, buat murid-murid, Selamat Menempuh Alam Persekolahan Sesi 2011 dengan cemerlang.

Tiada ulasan: