MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN KESUMA 2011





RABU-16 NOVEMBER, 8.30 MALAM DI DEWAN LESTARI SKSU, Majlis makan malam dan sekaligus meraikan kenaikkan pangkat dua orang ahli KESUMA dan akan bertugas di sekolah baharu sesi 2011/2012 nanti. Turut hadir pada malam tersebut adalah YDP PIBG dan beberapa AJK dan semua kakitangan anggota KESUMA. Guru Besar , Encik Ishak Md Noor dalam ucapannya menyatakan sekolah kehilangan dua orang guru yang besar jasa dan komitmen kepada SKSU. Mereka adalah Encik Harun Saib, mantan GPK KOkurikulum yang akan bertugas sebagai GPK HEM di SK Seri Makmur sementara Pn Aminah Basri akan bertugas sebagai GPK Pendidikan Khas di SK Kuala Kubu.Selamat bertugas dan terus cemerlang .


Encik Harun menerima cenderamata daripada Encik Ishak Md Noor.

Majlis malam itu turut diserikan denngan majlis pemberian hadiah dan cenderamata kepada yang dirai juga cabutan bertuah. YDP PIBG dan AJK turut hadir bersama semua kaitangan anggota KESUMA hadir menyerikan majlis sebagai penutup aktiviti sesi 2011 ini. KESUMA akan mengadakan mesyuarat terakhir pada hari Jumaat jam 3 petang bagi sesi 2009/2011. Tahniah dan syabas kepada pimpinan Tn Hj Daud Dasuki dan barisan AJK selami ini.

Pn Azizah antara yang bertuah menerima hamper daripada mantan GPK Kokurikulum.

Tiada ulasan: