TAHNIAH BUAT ENCIK HARUN B SAIB








Encik Harun Saib telah bertugas sebagai GPK Kokurikulum disekolah ini sejak tahun 2006. Beliau sering dijadikan rujukan mengenai protokol kerana kepakaran beliau di bidang ini. Sikap dan komitmen yang begitu profesional menjadi sokongan dan pendorong kuat kepada setiap aktiviti kokurikulum di sekolah ini. Beliau juga sentiasa mempunyai idea-idea bernas yang membawa kejayaan dan kelancaran sesuatu aktiviti dan majlis. Sekolah kehilangan seorang yang berbakat dan berpengalaman dalam bidangnya. Walau bagaimanapun, warga SKSU mendoakan kejayaan lebih gemilang lagi apabila beliau bertugas di tempat baru iaitu sebagai GPK HEM di SK Seri MAkmur. Selamat Maju Jaya dan Bertugas dengan cemerlang.




Tiada ulasan: