ROAD SAFETY WALK - PENGGUNA JALAN RAYA BERHEMAH

Jumaat 11-11-11, seramai 80 orang murid Tahun 6 dan 4 orang guru telah turut serta dalam Program Road safety Walk anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah Sungai Besar . Murid-murid dari SK Seri Makmur, Sk Sg Limau dan SJKC Sin Min juga turut serta dalam perarakan melalui jalan-jalan utama Pekan Sg Besar. Program ini turut memberi kesedaran kepentingan menjaga keselamatan ketika di jalan raya. Pelbagai hadiah turut disediakan untuk peserta.
SK Seri Utama tidak ketinggalan memberi peluang keemasan kepada murid-murid Tahun 6 ini untuk terlibat sama dalam aktiviti dianjurkan. Paling membanggakan apabila rombongan ini pulang bersama dua buah basikal yang telah dimenangi oleh Norasyikin dan Azizul.





Kami Generasi Patuhi Undang-Undang. Gunakan jalan raya dengan berhemah dan selamat.





Seramai 80 orang murid tahun 6 dan 4 orang guru turut serta dalam program ini.








Berehat sebentar di Medan Sungai Besar.









Bersiap-sedia untuk perarakan ke seluruh Pekan Sungai Besar





Aksi Aina, Norasyikin dan Irdina ketika mewarna gambar, harap-harap menang.







Pertandingan mewarna menyaksikan murid-murid menunjuk bakat mewarna mengikut tema. Suahida telah berjaya mendapat tempat saguhati dari pihak penganjur.








a

Tiada ulasan: