AURA UPSR BERMULA







4 MEI 2010, SELASA- AURA UPSR BERMULA apabila semua 106 calon UPSR 2010 SK Seri Utama menduduki UJIAN PRA UPSR SESI 1 bermula hari ini dan berakhir hari Khamis nanti.



Ujian Pra UPSR ini diadakan di dewan dan kelas-kelas peperiksaan mengikut susunan dan kedudukan sebenar UPSR 2010 yang dijadual 22 September nanti. Ini bertujuan memberikan aura peperiksaan kepada calon-calon tersebut juga sebagai penyuntik semangat.



Setiap usaha yang dicurahkan guru-guru tahun 6 bagi setiap kelas harian, kelas tambahan dan kelas malam adalah menjurus untuk membantu dan meningkatkan potensi pencapaian calon-calon UPSR 2010 ini. Ada yang sudah mengorak langkah-langkah 5A namun masih ada yang memerlukan perhatian dan tunjuk-ajar 'face to face'dari guru-guru mengikut subjek-subjek pilihan. Warga SK Seri Utama sentiasa mendoakan kejayaan mereka agar 'Murid berjaya, guru gembira, ibubapa bahagia, Sekolah bangga".



Teruskan perjuangan 25:80 !
.















Tiada ulasan: