UJIBAKAT MTQ DI RUANG LESTARI SKSU













26-27. APRIL 2010- SKSU telah terpilih untuk mnyediakan ruang ujibakat bagi Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Daerah Sabak Bernam. Ujibakat ini disertai oleh sekolah-sekolah daripada 37 buah sekolah seluruh daerah ini. 6 kategori pertandingan diujibakat pada hari tersebut di mana yang terbaik akan terpilih menwakili daeah Sabak Bernam ke peringkat negeri Selangor pula. Turut terlibat adalah para juri yang berpengalaman dan arif bagi kategori-kategori seperti Tilawah Al-Quran kumpulan Lelaki dan Perempuan, Hafazan kumpulan Lelaki dan Perempuan dan Bercerita Kisah dari Al-quran kumpulan Lelaki dan Perempuan.

SK Seri Utama sangat berbesar hati menerima tetamu-tetamu yang arif lagi bijaksana, juga tetamu kecil yang berbakat besar mencuba bakat terpendam di ruang-ruang khas lestari.

Pentas Dewan Lestari memperlihatkan bakat Bercerita Kisah dari Al-Quran kumpulan Perempuan, Bilik Bahasa Inggeris pula mencungkil keberanian pencerita Kisah dari Al-Quran kumpulan Lelaki, Ruang Surau Al- Ikhwan, bergema dengan gemersik alunan bacaan Al-Quran
juga di ruang Bilik Mesyuarat turut menghayati kemerduan alunan bacaan ayat suci al-quran, sementara di Pusat Sumber menyediakan ruang debar ujibakat hafazan bagi kumpulan lelaki dan perempuan.

Selain tetamu ini hadir sebagai ahli fikir atau juri, guru pengiring dan mengambil bahagian dalam ujibakat yang dijalankan, mereka turut menjadi pelawat yang menerokai ruang-ruang lestari yang terdapat di sekolah ini. Antara tempat yang menarik perhatian mereka adalah Galeri Lestari yang menghimpun pelbagai khazanah sejarah dan kitar semula, Rumah Ternakan Cacing , kebun-kebun sayur, taman-taman dan sudut pameran Lestari. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan idea. Kalau molek beritahu kawan-kawan kalau buruk beritahu kami agar dibuat perubahan.
Selesai ujibakat MTQ selama dua hari. Tahniah kepada yang berjaya dan yang belum berjaya jangan jemu berusaha dan mencuba ladi. Dimana ada usaha di situ ada kejayaan.












Tiada ulasan: