GOTONG-ROYONG PERDANA 2010


14 MEI , SABTU- GOTONG-ROYONG PERDANA sempena Hari Guru 2010, satu gotong-royong telah diadakan di semua sekolah seluruh negara. Gotong-royong ini melibatkan penyertaan ibubapa dan komuniti setempat bersama guru-guru dan murid-murid bekerjasama melakukan aktiviti membersih, mengelap, menyapu, mencantas, memangkas, memotong, mencangkul, menyiram dan membasuh seluruh kawasan dan bilik-bilik darjah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap jasa dan pengorbanan guru-guru selama ini.

Selain menjadikan sekolah bersih dan ceria menjelang hari guru yang secara rasmi sambutannya akan diraikan pada Isnin ini, 17 Mei di peringkat sekolah, dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan antara guru-guru dan ibubapa.

Bagi guru-guru SKSU, bukan hadiah berharga ratusan puluhan ringgit yang diminta, ucapan terima kasih seikhlas jiwa begitu besar nilainya. Gotong-royong ini juga tanda kasih sudah diterima, jasa sama dirasa. Pihak pentadbiran SKSU mengucapkan terima kasih atas sambutan yang meriah ini. Semoga silaturahim sebegini sentiasa terjalin demi membawa kejayaan kepada anak-anak generasi SKSU.


SELAMAT HARI GURU- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Tiada ulasan: