SAMBUTAN HARI GURU DI SKSU MERIAH


17, Mei - Sambutan Hari Guru di peringkat Sekolah telah diraikan oleh semua guru, kakitangan, murid-murid dan PIBG dengan bermacam-macam acara dan persembahan. Perhimpunan Hari Guru itu dimulakan dengan ucapan dan perutusan Hari Guru. Kemudian semua guru menyanyikan lagu keramat Lagu Guru Malaysia dan ikrar yang dilaungkan penuh semangat. Guru-guru menunjuk bakat di padang dengan pertandingan bola sepak sambil memakai kain sarung bagi guru-guru lelaki dan bola jaring bagi guru-guru perempuan.
Acara pentas turut menyaksikan persembahan spontan guru-guru disamping persembahan murid-murid mengikut kategori masing-masing. Ucapan-ucapan Selamat Hari Guru daripada guru-guru turut menyeri majlis dan diakhiri dengan acara tahunan dan tradisi iaitu bertukar-tukar hadiah antara guru-guru. Hari yang diraikan oleh warga SKSU ini berakhir pada sesi pertamanya dan akan disambung pada sebelah petang yang lebih kepada majlis kesyukuran dan doa selamat.
Apapun acaranya, hari bahagia ini telah menjadi satu lagi sejarah perkhidmatan bagi semua guru-guru baik yang baru pertama kali merainya atau yang telah berkali-kali mahupun yang terakhir kalinya,tetap memberi pengertian dan kesan berbeza. Semoga guru-guru ini terus menabur jasa bakti kepada generasi tanpa jemu dan putus asa. Selamat Hari Guru, Guru Pembina Negara Bangsa.

Tiada ulasan: